pencuri itik kantoi dan mulut mereka di sumbat dengan bangkai itik









Kadang-kadang hukuman paling berkesan bagi penjenayah bukanlah penjara tapi sesuatu yang menjatuhkan air muka pelakunya. Sebagai contoh di Selatan China, dua remaja lelaki pasti tidak akan berani mencuri lagi selepas mereka diaibkan dengan dahsyat. Dua remaja 14 tahun tersebut asalnya mencuri itik-itik di sebuah kolam sebelum perbuatan mereka disedari penduduk kampung.

Mereka kemudiannya ditangkap dan disuruh melutut di tepi jalan dengan itik disumbat ke dalam mulut. Keadaan mereka menimbulkan kehairanan orang ramai dan kenderaan yang melalui jalan tersebut hingga ramai datang mengerumuni mereka bagi mengetahui hal sebenar.

Ketua Kampung yang dikenali sebagai Yong Ku berkata, dua remaja tersebut layak dihukum begitu kerana mereka sudah beberapa kali kantoi mencuri barangan penduduk untuk mendapatkan wang bagi membeli rokok dan minuman keras.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI