nasib gelandangan di peranchis di bantu kembali kepada pangkuan masyarakat...gelandangan negara ini..?..setelah di halau dan tindakan berkenaan di kecam baru ada langkah susulan menanganinya dengan lebih berperikemanusiaan...!!!



GELANDANGAN berbaring di kaki lima menggunakan beg tidur mudah disaksikan di kebanyakan bandar di dunia



INTERAKSI Vincent dengan para pelancong meningkatkan keyakinan dirinya.




ALTERNATIVE URBAINE membantu gelandangan seperti Vincent untuk kembali ke dalam masyarakat.


Pemandangan orang mengemis, tinggal di khemah-khemah, berbaring dengan beg tidur atau di bawah kepingan kadbod kini merupakan perkara biasa umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Situasi tersebut disebabkan oleh krisis ekonomi dan kenaikan mendadak harga rumah.

Sejak tahun 2001, jumlah mereka yang kehilangan tempat tinggal di Paris meningkat sebanyak 84 peratus, menurut Agensi Perancangan Bandar Paris.

Angka terbaharu agensi berkenaan dari 2012 pula menyatakan lebih 28,000 orang tidak mempunyai kediaman tetap dengan peningkatan besar dalam kalangan wanita dan keseluruhan keluarga mereka.

Sementara itu, tempat perlindungan atau penginapan untuk kecemasan tidak dapat memenuhi permintaan itu.

Vincent yang merupakan bekas akauntan menceritakan, selepas kemelesetan, dia terpaksa merempat di jalanan dan orang Perancis mengelar mereka sebagai 'SDF' iaitu bermaksud 'tanpa kediaman tetap'.

Pada Februari lalu, dia telah melihat iklan pekerjaan dengan Alternative Urbaine yang dikeluarkan oleh pejabat pengangguran negara di asrama untuk penduduk sementara.

"Saya telah lulus temu duga dan diterima bekerja," kata Vincent, yang memberi tumpuan kepada tugasan pelancongan daerah ke-20, daerah yang mempunyai kelas pekerja tradisional dan kejiranan pendatang yang tidak diketahui oleh pelancong di sebelah timur Paris.

"Kemudian, apabila saya mula melakukan penyelidikan, saya telah menemui sesuatu yang benar-benar menarik mengenai daerah ke-20 ini. Ia merupakan kejiranan yang mempunyai hati," katanya yang memberitahu kumpulan pelancong dalam bahasa Inggeris dengan nada merendah diri selepas mereka bertanya bagaimana dia memperoleh pekerjaan tersebut.

Interaksi seumpama itu digalakkan sebagai sebahagian matlamat Alternative Urbaine dalam meningkatkan keyakinan dan dorongan terhadap orang yang kehilangan tempat tinggal untuk bergaul dalam masyarakat.

"Mari kita bermain satu permainan di jalan kecil ini. Bolehkah kamu mencari piano, kucing dan kilang lama?" tanya Vincent, sambil dia membawa kumpulannya menuruni laluan Passage des Soupirs atau Passage of Sighs, sebuah laluan lembah yang indah dipenuhi dengan rumah-rumah lama dan beberapa yang baharu, taman-taman poket dan seni jalanan

Vincent menceritakan segala-galanya daripada peranan daerah ketika zaman Revolusi Komun Paris. Revolusi kesusateraan ini mencetuskan semangat patriotisme dan ideologi internasionalisme sebelum dihancurkan oleh tentera Perancis pada tahun 1871. Hari ini ia telah menjadi kolektif seni.

"Saya mendapati ia sangat menarik. Vincent adalah seorang yang sangat baik, kadang-kadang dia menjawab soalan peribadi dengan berbudi bahasa," kata pelawat Australia, Tim Perkins ketika jelajah tersebut yang berakhir di bukit Belleville Park dengan pemandangan indah dari atas Paris.

Pelajar sukarelawan, Alice yang membantu usaha penterjemahan di Alternative Urbaine melahirkan rasa terkejutnya dengan Vincent. "Saya tidak tahu apa-apa mengenai revolusi ke-20 dan saya baru sahaja mempelajarinya."

Sekarang, Alternatif Urbaine mahu mengorak langkah dengan menghasilkan pendapatan. "Kami mempunyai rancangan dengan syarikat-syarikat untuk menyusun atur Paris sebagai lokasi mencari harta karun atau laluan khas," kata pengasasnya, Selma Sardouk.

Bagaimanapun matlamatnya tidak berubah. "Tujuannya adalah membantu mereka yang tiada tempat tinggal untuk percaya kepada diri sendiri selain membantu mereka mewujudkan hubungan sosial dan mendapatkan semula autonomi mereka," ujarnya


di negara  ini...tindakan sebaliknya...

mula mula halau...

Ugut Halau Golongan Fakir Miskin Dan Gelandangan Di Ibu Kota,


kemudian pujuk balik setelah di kecam...


Rumah Perlindungan Untuk Gelandangan Di Ibu Negara


dunia dunia...ada untung meniaga  unta  dari meniaga manusia...ha ha ha...!!!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI