berang di ganggu kebisingan semasa tonton cerita kartun ,budak 10 tahun nyaris menyebabkan pekerja rencam baik pulih jatuh dari banggunan



LIU tergantung lebih 80 kaki dari atas bangunan yang dibaik pulihnya.

Guizhou (China): Seorang kanak-kanak yang berang dengan bunyi bising yang mengganggu rancangan kartun ditontoni bertindak memotong tali abah-abah digunakan seorang pekerja rencam yang sedang melakukan pembaikpulihan.

Liu Mai sedang menggunakan gerudi pada tembok apartmen berkenaan di tingkat lapan dan terkejut apabila melihat Tang Chu, 10, menggunakan pisau untuk memotong abah-abah digunakannya di beberapa aras di atasnya.

“Saya sedang memasang lampu keselamatan dan tiba-tiba terasa abah-abah digunakan bergerak.

“Alangkah terkejut saya apabila melihat budak itu memotongnya. Saya menjerit namun tidak dihiraukannya... Memang pengalaman itu terlalu ngeri,” katanya.

Dia terpaksa mengharungi detik cemas selama 40 minit dengan hanya satu tali sementara rakan sekerja berusaha menariknya ke tempat selamat.

Jurucakap bomba berkata, kanak-kanak itu tidak berfikir panjang kerana berang apabila tidak dapat mendengar rancangan kartun kegemarannya di televisyen.

Bapanya Tang Peng berkata anaknya sudah memohon maaf atas kejadian itu selain menggantikan abah-abah mangsa.

“Saya juga duduk berbincang dengan anak saya itu dan memberitahunya betapa teruk sikapnya sehingga membahayakan nyawa seseorang,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI