landak tanpa duri di temui



PERBEZAAN antara seekor anak landak normal (kiri) dan seekor anak landak yang tidak mempunyai duri.

DUNTOCHER - Seekor anak landak yang dilahirkan tanpa duri dibadannya telah ditemui di sebuah kebun di Duntocher, Dunbartonshire di Scotland, kelmarin.

Anak landak itu ditemui orang ramai di kebun berkenaan sebelum diserahkan kepada sebuah pusat penyelamat haiwan liar di bandar ini.

Pemilik pusat penyelamat haiwan liar Hessilhead, Gay Christie berkata, dia terkejut selepas seseorang menyerahkan landak itu ke pusat berkenaan.

"Anak landak ini sangat unik kerana ia tidak mempunyai bulu atau duri tetapi ia berada dalam keadaan yang sihat.

"Bagaimanapun, haiwan ini mungkin terpaksa tinggal di pusat ini sepanjang hayatnya kerana kulitnya terlalu sensitif untuk berada di hutan," katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI