di serang sakit jantung di puncak gunung berapi



GAMBAR pemandangan dari udara menunjukkan beberapa rumah tumpangan dan sebuah kuil di puncak Ontake dilitupi abu gunung berapi kelmarin



GUNUNG berapi Ontake meletus dengan menghamburkan abu dan asap ke udara kelmarin



SEORANG mangsa yang cedera dipindahkan menggunakan helikopter di lereng gunung berapi Ontake, Jepun


TOKYO - Lebih 30 pendaki ditemui dalam keadaan hampir menemui ajal dekat puncak sebuah gunung berapi di tengah Jepun semalam selepas ia meletus pada hari sebelumnya, lapor media tempatan.

Agensi Berita Kyodo melaporkan bahawa mereka mengalami serangan jantung.

Kumpulan pendaki itu ditemui oleh pasukan penyelamat ketika operasi mencari berpuluh-puluh orang yang hilang selepas gunung berapi Ontake meletus kelmarin,

Tiga lagi mangsa dibawa keluar menggunakan sebuah helikopter tentera semalam, menurut Kyodo yang memetik kenyataan beberapa pegawai polis.

Dalam pada itu, Agensi Meteorologi Jepun memberitahu, gunung berapi yang terletak di antara wilayah Gifu dengan Nagano itu menghamburkan abu dan asap setinggi 10 kilometer ke udara sepanjang malam kelmarin.

Agensi berkenaan meramalkan lebih banyak letusan akan berlaku dan mengeluarkan amaran bahaya abu dan serpihan yang melitupi kawasan sekitar Ontake.

Lebih 250 pendaki pada awalnya terperangkap selepas Ontake meletus menjelang tengah hari kelmarin tetapi kebanyakan mereka berjaya turun sendiri menjelang malam hari yang sama.

Menurut Kyodo, kira-kira 40 orang termasuk staf beberapa rumah penginapan yang terletak dekat puncak gunung berapi itu masih terperangkap kelmarin.

Namun, lapor Kyodo, sebahagian daripada mereka kemudian menuruni gunung berapi itu tanpa menunggu bantuan pada pagi semalam.

Gunung Berapi Ontake yang memiliki ketinggian 3,067 meter merupakan antara destinasi kembara paling popular di Jepun.

Kali terakhir Ontake meletus dengan kuat adalah pada 1979 apabila gunung berapi itu memuntahkan 200,000 tan abu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI