kalau benarlah berita ini alhamdullilah...pejuang ISIL semakin menghampiri kota baghdad...!!!



DUA tentera Iraq mengambil kedudukan di kubu mereka yang terletak di kawasan Jalawla di wilayah Diyala kelmarin yang merupakan laluan utama ke Baghdad, Iraq.

BAGHDAD - Kumpulan pejuang  Negara Islam (IS) kini semakin mara ke bandar ini apabila kumpulan itu dilaporkan berada kira-kira dua kilometer dari barat ibu kota Iraq tersebut, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

Pertempuran sengit tercetus kelmarin ketika tentera Iraq yang dibantu pejuang Kurdis cuba mengekang kemaraan militan IS ke bandar itu.

Satu sumber berkata, seramai 1,000 askar Iraq dan pejuang Kurdis terkorban dalam pertempuran tersebut.

Kekuatan IS dilihat tidak tergugat walaupun tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) melancarkan kempen serangan udara terhadap kedudukan kumpulan berkenaan di Iraq dan Syria sejak beberapa hari lalu.

Seorang jurucakap Yayasan Bantuan dan Perdamaian di Timur Tengah berkata, pada pagi semalam pejuang  IS semakin menghampiri Baghdad dan tidak mustahil bandar itu jatuh ke tangan kumpulan berkenaan.

"Anggota pejuang  IS kini berada tidak sampai dua kilometer untuk memasuki kota Baghdad," kata jurucakap berkenaan.

"Ramai pihak sebelum ini menganggap IS tidak mempunyai kemampuan dan kekuatan untuk menawan kota berkenaan tetapi kini mereka (IS) semakin hampir menawan Baghdad," katanya.

Menurutnya, Presiden AS, Barack Obama sebelum ini memberitahu bahawa beliau percaya tentera Iraq mampu untuk menangani ancaman daripada kumpulan pejuang berkenaan tetapi ternyata beliau tersilap.

"Kita tidak perlu masa yang terlalu lama untuk menilai mereka (tentera Iraq) dan kini kita tahu tidak banyak yang mereka boleh lakukan ketika ini," katanya.

Sementara itu, kumpulan pejuang IS di Syria dilaporkan bersetuju untuk bekerjasama dengan sebuah lagi kumpulan penentang di negara itu yang dikenali sebagai Jabhat al-Nusra.

Kumpulan Jabhat al-Nusra merupakan serpihan daripada rangkaian pejuang islam al-Qaeda dan mereka menentang pemerintahan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Kedua-dua kumpulan berkenaan sebelum ini sering berperang sesama sendiri tetapi mengambil keputusan untuk menjalinkan kerjasama selepas tentera bersekutu yang diketuai AS melancarkan serangan udara terhadap kedudukan kumpulan-kumpulan pejuang islam  di Iraq dan Syria.

Seorang jurucakap Jabhat al-Nusra, Abu Firas al-Suri pada Sabtu lalu mengecam serangan tentera bersekutu tersebut dan berikrar untuk bertindak balas.

"Negara-negara ini (negara bersekutu) telah membuat satu kesilapan besar yang menyebabkan mereka akan menjadi sasaran pejuang di seluruh dunia.

"Ini bukanlah peperangan menentang Jabhat al-Nusra tetapi peperangan menentang Islam," katanya.

Satu sumber memberitahu The Guardian bahawa para pemimpin Jabhat al-Nusra dan IS telah mengadakan beberapa pertemuan bagi merancang taktik perang di Syria.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa sejumlah anggota pejuang daripada beberapa kumpulan kini berpaling tadah dan menyertai IS yang dilihat lebih tersusun dan mempunyai kelengkapan untuk menubuhkan negara Islam di Iraq dan Syria.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI