iklan kematian sendiri dalam akhbar akhirnya kantoi di majlis pengebumian



Paris: Seorang penjenayah yang berusaha mengelak daripada ditangkap dan dipenjara, cuba menipu polis dengan mengumumkan majlis pengebumiannya.

Lelaki berusia 26 tahun itu yang dikehendaki kerana pelbagai kesalahan, termasuk menipu dan mencuri, mengiklankan notis kematiannya dalam akhbar tempatan dan juga di Internet.
“Ibu, bapa, adik beradik dan anggota keluarga yang lain ingin memaklumkan kepada anda mengenai kematian Cedric L yang meninggal dunia 11 September lalu pada usia 26 tahun. Upacara pengebumian akan diadakan pada 16 September, jam 10.30 pagi,” menurut notis itu.

Bagaimanapun, polis mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dan hadir di majlis itu pada masa seperti yang dinyatakan tetapi mendapati tidak ada mayat atau majlis pengebumian. Yang ada hanya nenek penjenayah berkenaan yang tidak tahu apa-apa.

Seorang pendakwa raya berkata semalam: “Kami benar-benar mengenali dia. Dia masih bawah umur ketika dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama. Apabila melihat notis itu, kami tahu ini sebahagian daripada helah Celdis untuk memperdaya kami supaya tidak memburunya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI