di aceh, golongan gay bakal di sebat sementara di negara ini hukuman syariah ini boleh di beli dengan wang ringgit...



SEORANG lelaki yang ditangkap ketika bejudi disebat di khalayak ramai di Banda Aceh, Jumaat lalu.

Banda Aceh: Golongan gay akan dihukum 100 sebatan jika Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Aceh meluluskan rang undang-undang mengenainya.

Aceh ialah satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah dan secara berperingkat menguatkuasakannya sejak 2001 apabila dia memperoleh sebahagian kuasa autonomi.

Kelmarin, lapan orang disebat selepas didapati bersalah.

Hukuman dilakukan di khalayak ramai di Banda Aceh.

Sebelum ini, DPR Aceh mencadangkan hukuman rejam sampai mati terhadap mereka yang didapati bersalah berzina.

Wakil DPR dari Parti Aceh, Ramli Sulaiman yang mengetuai suruhanjaya merangka undang-undang mengenai gay itu berkata, sebahagian besar anggota Dewan menyokong rang undang-undang itu dan ia mungkin diluluskan esok.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah hal autonomi di Kementerian Dalam Negeri, Djohermansyah Djohan berkata, jabatan itu boleh menolak undang-undang berkenaan jika didapati ia mencabuli hak asasi manusia.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI