agaknya lepas ini sewa bini pun dia ni tergamak lakukan demi gilakan gajet



CHU membawa sepanduk di luar Universiti Songjiang di Shanghai untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa dia ada menyediakan perkhidmatan bagi menyewa kekasihnya.

BEIJING - Seorang lelaki sanggup menyewakan kekasihnya kepada orang ramai supaya dia dapat mengumpul wang untuk membeli iPhone 6 keluaran terbaharu Apple, lapor akhbar MailOnline semalam.

Wei Chu, 25, menyediakan kadar sewaan kepada tiga kategori iaitu £1 (RM5) untuk satu jam, £5 (RM26) selama satu hari dan £50 (RM263) satu bulan.

Bagaimanapun Chu berkata, kekasihnya itu hanya disewa untuk makan malam atau belajar bersama, namun aktiviti seks tidak dibenarkan.

Dia mengangkat sepanduk mengiklankan tawaran itu kepada orang ramai di luar Universiti Songjiang di Shanghai.

Chu mendakwa kekasihnya, Xiao Ai bersetuju mengambil bahagian dalam perkhidmatan sewaan itu.

Bagaimanapun, ramai menyifatkan kaedah perniagaan Chu suatu yang melampau semata-mata untuk mengumpul duit bagi membeli iPhone terbaharu

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI