HTC lancar produk tak masuk air..HTC Butterfly 2







Menggunakan telefon di dalam bilik mandi atau tandas bukan lagi menjadi perkara baru dilakukan pengguna. Malah ada antaranya menjadikan telefon pintar sebagai satu keperluan ketika di dalam ruang privasi itu.

Dunia teknologi hari ini bagaikan satu fenomena baru memperkenalkan telefon pintar yang mampu bersifat kalis air dan habuk memandangkan ia menjadi satu ciri diperlukan pengguna.

HTC Butterfly 2 adalah produk yang dilihat mempunyai ciri berkenaan dan lubang pengecasnya juga dibangunkan tidak boleh dimasuki air.

Percubaan menggunakan HTC Butterfly 2 untuk mengambil gambar di dalam air juga tidak mengecewakan dan hasilnya cukup menarik memandangkan kamera belakang mempunyai ciri 13 megapiksel dan hadapan lima megapiksel.

Produk terbaru daripada syarikat Taiwan ini sebenarnya memberi tumpuan kepada pengguna yang gemarkan aktiviti bergambar terutama berselfie memandangkan ia bersifat sudut lebar.


Tambahan pula, ciri dual kamera membolehkan peng­guna berselfie dan mengambil gambar di belakang telefon pintar secara serentak.

Dari segi imej, pengguna juga boleh menghasilkan gambar dalam bentuk tiga dimensi menerusi pilihan mode yang terdapat di dalam sistem edit fotonya.

Teknologi bunyi yang menggunakan sistem HTC Boom sound sememang­nya menawarkan bunyi yang menarik memadangkan terdapat dua speaker stereo di bawah permukaan skrin HTC Butterfly 2.

Penerima anugerah syarikat telefon pintar paling berinovasi ini juga tidak ketinggalan menawarkan reka bentuk menarik iaitu pe­nutup dan badan telefon disatukan bagi membolehkan pengguna menggenggam telefon pintar tanpa ada rasa jalur pembahagi antara dua bahagian itu.

Menawarkan tiga warna pilihan putih, biru dan merah dengan teknologi permukaan polikarbonat me­nyerlahkan lagi model itu dan bagi warna putih sekiranya terdapat kotoran, ia mudah dibersihkan dengan hanya mengelapnya sahaja.

Model ketiga dalam keluarga Butterfly berukuran lima inci itu turut mempunyai bateri yang bertahan selama 26.8 jam untuk bercakap dengan menggunakan jaringan 3G.

Selain itu, HTC Butterfly 2 adalah produk yang menggunakan platform Android dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 801, quad-core CPU yang memberi kelajuan ketika me­ngakses telefon pintar ini.

HTC Butterfly 2 yang disasarkan penggunaannya kepada golongan wanita sebenarnya bersifat uniseks memandang­kan ciri kamera yang tahan lasak dan permukaan reka bentuk mudah dibersihkan antara ciri yang digemari peminat sukan outdoor.



maklumat lanjut  di sini

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI