tips elak anak mabuk di jalanan



Perjalanan yang jauh de­ngan keadaan jalan yang sibuk terutama musim cuti sekolah sememangnya cukup mencabar.

Cabaran itu bukan saja dirasai si bapa yang memandu, tetapi juga anak.

Justeru, jika anda merancang perjalanan jauh bersama anak pada hujung minggu ini, pastikan anda membuat perancangan awal untuk mengelak sebarang masalah.

Anda perlu sentiasa bersedia dengan kemungkinan yang berlaku terutama jika si kecil mengalami mabuk perjalanan.

Andai mabuk melanda, si kecil pasti meragam dan ibu bapa pula tidak keruan dibuatnya.

Oleh itu, supaya perjalanan anda lebih selesa dan mencegah anak daripada mengalami mabuk dalam perjalanan, ikuti tip berikut yang mungkin dapat membantu mengatasi masalah ini.

1. Hindari aktiviti membaca terlalu lama ketika dalam perjalanan. Bermain gajet yang terlalu lama juga boleh membuatkan mereka berasa pening dan mual.

2. Dengarkan alunan muzik yang disukai. Muzik yang tidak disukai atau dirasa membosankan juga dapat menimbulkan rasa mual. Biar muzik itu tenang dan tidak terlalu kuat.

3. Pastikan anak duduk searah perjalanan. Ajar anak untuk melihat pemandangan di kejauhan seperti gunung atau sawah padi serta pemandangan yang me­nyenangkan.

4. Buat sebarang permainan atau aktiviti yang menyenangkan seperti bermain teka-teki, bernyanyi atau bergurau senda.

5. Ambil masa untuk berhenti rehat di beberapa perhentian terutama dalam perjalanan yang jauh supaya anda sekeluarga dapat merenggangkan badan.

6. Pastikan air yang dibawa mencukupi sepanjang perjalanan.

7. Jika menaiki MPV yang memiliki tiga baris kerusi, pilih baris kedua yang kurang terhuyung-hayang.

8. Jauhkan asap rokok daripada anak kerana selain mengganggu saluran pernafasan, ia juga membuatkan anak mual.

9. Hindari makanan pedas dan berminyak sebelum dan ketika dalam perjalanan. Usahakan juga supaya perut tidak terlampau kenyang sebelum atau ketika perjalanan.

10.Cuba usahakan untuk anak sentiasa selesa dalam perjalanan terutama ketika mereka tidur. Menyediakan bantal kecil membantu supaya mereka mendapat tidur yang lena.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI