penyu berkepala dua



Penemuan terbaharu spesies penyu berkepala dua agak mengejutkan .Kejadian itu agak jarang ditemui berlaku pada penyu, meskipun telah banyak dilaporkan pada haiwan mamalia dan reptilia, terutamanya pada ular dan kura-kura.

Selalu yang dijumpai pada penyu ialah embrio berkepala dua iaitu tidak menetas dan telah mati.

Penyu tersebut dikenali sebagai bicephalism (axial bifurcation) iaitu satu badan dengan dua kepala.

Kes penyu hidup berkepala dua yang pernah ditemui dilaporkan di Costa Rica iaitu penyu lipas (olive ridely) pada November 2005.

Anak penyu berkepala dua itu dilepaskan ke laut tetapi mereka yang menjumpainya tidak mengetahui nasib anak penyu tersebut.

Bagi kes kedua pula, ia dijumpai di Jupiter Island bagi penyu loggerhead. Anak penyu tersebut dipelihara tetapi lepas itu mati disebabkan pneumonia.

“Bagaimana ia terjadi tidak diketahui dengan jelas tetapi biasanya kerana faktor genetik (inheritance) dan juga faktor persekitaran.

Dalam aspek genetik, berlaku mutasi (perubahan) pada genetik penyu tersebut dan mengakibatkan kecacatan. Keadaan yang sama juga seperti apa yang berlaku pada manusia.

Bagi masalah persekitaran pula, isu penggunaan racun serangga yang semakin tinggi boleh menyebabkan kecacatan tersebut.

Malah ada dakwaan bahawa peningkatan suhu akibat perubahan iklim mungkin boleh menyebabkan keadaan seperti itu.

Kajian logam berat (heavy metal) yang di jalankan mendapati telur penyu mengandungi kandungan plumbum dan kadmium. Ini agak bahaya apabila manusia makan telur penyu kerana kita boleh mendapat logam berat tersebut yang mengancam kesihatan.

Ada kemungkinan penyu berkepala dua itu berkongsi paru-paru.Oleh itu apabila satu kepala bernafas (naik ke permukaan), kepala yang satu lagi akan terminum air.

Kajian yang dijalankan pada 2012 terhadap anak penyu loggerhead berkepala dua di Jupiter Island mendapati, selepas beberapa bulan anak penyu tersebut ditemukan, ia mati akibat pneumonia.

Ini berlaku apabila satu kepala bernafas dan kepala yang satu terminum air.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI