cas telefon guna air kencing



SEHINGGA kini lebih satu bilion populasi dunia masih tidak mempunyai akses kepada tenaga elektrik. Baru-baru ini timbul persoalan bolehkah kuasa yang dihasilkan daripada air kencing memberikan penyelesaian?

Hakikatnya terdapat lebih tujuh bilion manusia di planet Bumi dan dianggarkan terdapat 10.5 bilion liter air kencing manusia boleh dikumpulkan namun telah dibazirkan setiap hari.

Jumlah ini bersamaan dengan 4,200 kolam renang bersaiz Olimpik - jika dikira air kencing semua orang di muka Bumi. Itu pun jika saintis menjalankan kajian menggunakan air kencing supaya tidak dibazirkan.

Dengan sekitar satu pertujuh populasi yang tidak mendapat bekalan elektrik asas selain bekalan bahan api seperti minyak dan arang batu semakin meruncing serta membawa kesan rumah hijau, saintis perlu mencari penyelesaian kepada tenaga dunia yang boleh diperbaharui dan mapan. Jawapannya mungkin daripada sumber yang ada di sekeliling kita.

Tahun lepas sekumpulan penyelidik dari Makmal Robotik Bristol di United Kingdom (UK) membuktikan mereka boleh menjana tenaga telefon bimbit menggunakan air kencing.

Mereka menggunakan apa yang dikenali sebagai sel bahan api mikrobial atau MFC bagi menjana tenaga yang cukup untuk menghantar mesej, melayari Internet dan membuat panggilan.

tetapi saintis percaya, tidak lama lagi ia bakal membantu menjana tenaga di rumah dan bangunan malah seluruh kawasan kejiranan.

MFC mengubah tenaga yang ada di alam sekitar untuk memecahkan bahan organik menjadi tenaga elektrik yang kemudian ditukar kepada tenaga.

MFC akan mengitar semula secara automatik kerana lebih banyak makanan mikrobial, lebih banyak tenaga dihasilkan.

Setakat ini MFC telah berjaya mengubah bahan buangan iaitu air kencing kepada tenaga. Menurut pengasas bersama Sanergy, Ani Vallabhaneni, kajian pertama dilakukan ialah mengubah bahan buangan daripada manusia kepada tenaga, dan baja di ladang Kenya banyak menghasilkan biogas.

MFC didakwa mampu meningkatkan keupayaan sehingga 85 peratus berbanding 35 peratus sebelum ini. Penyelidikan mengenai MFC bukan sesuatu yang baru, ia telah wujud sejak satu abad lalu dan kaedahnya dipertingkatkan mengikut peredaran masa.

Pada tahun 1960-an, NASA mula menggunakan MFC di angkasa untuk menjana tenaga daripada hampas padi. Pada tahun 1980-an saintis mula menjalankan penyelidikan sama ada sel berkenaan boleh membantu menghasilkan tenaga di negara membangun.

Tetapi hanya selepas tahun 2000, penyelidikan ini mula 'meletup' disebabkan keperluan mendadak sumber tenaga boleh diperbaharui.

Ketua penyelidik di belakang pengecas telefon menggunakan air kencing, Loannis Leropoulos dan kumpulannya telah mengkaji teknologi berkenaan sejak 2002. Carl Hensman semasa di Yayasan Bill & Melinda Gates - yang menaja penyelidikan Ieropolous, menjelaskan kumpulan lain cuba meningkatkan keupayaan sel tunggal supaya mereka boleh menghasilkan lebih banyak elektron.

Leropolous telah menyusun semula beberapa MFC menjadi lebih kecil dan boleh menghasilkan lebih banyak elektron. Prosesnya pula lebih kurang sama dengan kaedah menghasilan elektrik daripada kentang.

MFC memang menarik tetapi bukan satu-satunya cara untuk 'mengeluarkan' tenaga yang terdapat dalam air kencing. Air kencing mengandungi 98 peratus air dan dua peratus urea yang terdiri daripada atom karbon, oksigen, nitrogen dan hidrogen.

Seorang penyelidik dari Universiti Ohio, Gerardine Botte, berjaya membangunkan GreenBox yang dapat mengekstrak hidrogen daripada urea melalui proses elektrolisis mikrobial.

Kajian Botte memerlukan sumber tenaga bagi memisahkan molekul dan menghasilkan oksigen. Jadi bolehkah air kencing menghasilkan tenaga elektrik pada masa hadapan? Masalah utama ialah melibatkan kos, skala dan hasil akhir.

Pada peringkat komersial, sistem berkenaan boleh diguna pakai di loji rawatan air sekali gus menjimatkan tenaga semasa proses merawat air kencing dan memasukkannya semula ke dalam sistem. Bagi skala kecil seperti rumah dan pejabat, ia tidak dapat menghasilkan tenaga elektrik yang cukup.

Presiden Persatuan bagi Teknologi Mikrobial dan Elektrokimia, Korneel Rabaey berkata, terdapat banyak kajian asas sedang dijalankan dengan kos yang rendah.
Rabaey menganggarkan jika satu meter padu kotak mengandungi sistem MFC diletakkan di kampung yang mempunyai 2,500 penduduk dan semua air kencing dialirkan ke dalam kotak berkenaan, ia boleh menjana sekitar 12 kilowatt jam tenaga sehari atau cukup untuk menghidupkan hanya satu lampu 50 watt selama 240 jam.

Walaupun kos boleh dikatakan mahal tetapi organisma yang digunakan boleh membiak sendiri selagi ada makanan. Hari ini panel solar banyak digunakan bagi menghasilkan lebih banyak tenaga tetapi tidak boleh bertahan lama dan digunakan untuk membersihkan sisa buangan.

Penyelidik di Makmal Robotik Bristol bercadang untuk mengurangkan kos dengan membina prototaip pengecas telefon yang lebih murah. Dalam masa dua tahun mereka berharap dapat menghasilkan prototaip yang lebih murah diperbuat daripada bahan yang mudah didapati.

"Kami perlu bersikap realistik, kami tidak boleh mempromosikan teknologi yang tidak sesuai dibangunkan di negara miskin. Apa yang diperlukan adalah sesuatu yang ringkas, tahan lasak, jangka hayat panjang dan mesra pengguna" kata Leropoulos.

Namun begitu walaupun air kencing boleh membantu mengecas telefon jangan pula nanti ada tandas disiapkan dengan tempat mengecas telefon.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI