mesin pemotong serai
Serai merupakan pokok herba malar hijau yang digunakan dalam masakan.
Serai juga masih kekal sebagai perencah tambahan penyedap rasa dan menaikkan lagi aroma masakan melayu.
Serai juga seringkali digunakan sebagai pembuka selera bagi minuman dan campuran dengan sedikit buah lemon.
Kebiasaannya penggunaan serai yang banyak digunakan oleh tukang masak di restoran, hotel dan gerai-gerai makan yang menyediakan masakan melayu.
Serai juga digunakan sebagai bahan tambahan dalam masakan seperti tomyam, sate dan masakan-masakan kampung yang lain.
Selain itu, serai juga digunakan sebagai bahan tambahan yang bertindak sebagai perisa makanan ringan dan boleh dijadikan penawar.
Oleh kerana itu mesin terbaru pemotong serai di cipta bagi memenuhi permintaan pengusaha kedai makan mahu pun restoren .
Mesin pemotong serai berkenaan yang saiz pemotongannya boleh laras, cepat dan mudah.
Setelah dibuat perbandingan, penghasilan serai yang dipotong secara manual hanya mampu memperoleh dua kilogram (kg) dalam masa satu jam.
Dengan penggunaan mesin, kapasiti seharian bertambah kepada lima kg dalam masa satu jam.
Oleh itu, secara tidak langsung, pengusaha mampu menambah kapasiti yang diperlukan dan dapat memenuhi permintaan pelanggan.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI