semakin menyetan jamil khir ni rupanya,,,,tak cukup amerika dan peranchis ,australia juga jadi tempat setan nih berjoli sakan duit anak yatim dan penderma ...hawauuu...!!!








Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) didakwa telah membelanjakan sebanyak RM218,505 bagi mengadakan forum berbentuk dakwah di beberapa tempat di Australia.

Bercakap dalam satu sidang media, Pengarah National Oversight and Whistle Blower (NOW), Akmal Nasir mempersoalkan perbelanjaan itu dan rasionalnya menghabiskan sejumlah wang yang besar di luar negara.

“Apakah rasionalnya YaPEIM menganjurkan program-program yang menggunakan belanja besar di luar negara dengan hanya menguntungkan sebilangan orang sahaja,” katanya.

Akmal maklumat mengenai perbelanjaan itu diperoleh dari invois yang didakwa telah dihantar oleh individu tanpa nama ke NOW.

Forum bertajuk “Menggalakkan Nilai-nilai Islam dalam Kebudayaan dan Agama: Masa Depan dan Cabaran” dikatakan diadakan di Brisbane, Melbourne dan Sydney pada 16 hingga 26 April tahun lepas.

Forum itu telah dihadiri 50 hingga 70 pelajar Malaysia yang menuntut di Australia. Berdasarkan invois berkenaan, perbelanjaan bagi mengadakan forum itu telah dibiayai agensi di bawah YaPEIM iaitu Yayasan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Kanak-kanak Miskin (Pemangkin), Institut Penyelidikan dan Perundingan (Input YaPEIM) dan Ar Rahnu.

Akmal turut mendedahkan belanja terbesar adalah YaPEIM itu sendiri sebanyak RM106,840 dan Pemangkin sebanyak RM73,800.

Invois itu juga, katanya, menunjukkan perbelanjaan bagi tiket penerbangan kelas perniagaan dari Kuala Lumpur ke Sydney berjumlah RM70,000 telah ditanggung oleh YaPEIM sebanyak RM56,000 manakala Input pula sebanyak RM14,000.

“YaPEIM berasaskan sumbangan amal jariah bukan entiti perniagaan berasaskan keuntungan,” tegasnya.

Akmal turut mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa tujuan dia mendedahkan perkara itu kerana tanggungjawab terhadap wang yang didermakan kepada yayasan itu.

“Saya hanya pemberi maklumat dan isu-isu yang dibangkitkan adalah untuk kepentingan awam kerana lebih daripada setengah juta rakyat Malaysia menderma kepada YaPEIM setiap bulan.

Ini adalah mengenai keadilan untuk orang-orang yang mendermakan wang mereka kepada YaPEIM,” katanya.

YaPEIM sebelum ini menuduh Akmal telah memutar belit maklumat yang diperoleh daripada dokumen yang dicuri dengan tujuan mahu mencemarkan reputasi yayasan itu.

Menurut Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin, langkah yang dilakukan oleh Akmal itu telah menjejaskan keyakinan pelabur dan menghalang pertumbuhan perniagaan yang dihasilkan oleh YaPEIM yang ditubuhkan untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi umat Islam.

Jamil Khir pula telah memfailkan saman terhadap Akmal pada Khamis kerana memfitnah dan cuba menjatuhkan reputasinya sebagai menteri


kenyataan media National Oversight and Whistleblowers (NOW)

Saya mengambil maklum mengenai tindakan YB Dato’ Seri Jamil Khir Baharom yang telah memfailkan saman terhadap saya petang semalam berhubung dengan perkara yang dibangkitkan mengenai pembaziran yang berlaku di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang seolah-olah tidak menggambarkan kebajikan dan amal jariah.

Saya difahamkan surat saman (writ) akan diserahkan kepada saya minggu hadapan dan saya akan merujuk perkara tersebut dengan pasukan peguam.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya hanyalah seorang pemberi maklumat (whistleblower) dan persoalan-persoalan yang dikemukakan adalah demi kepentingan orang ramai terutamanya apabila lebih setengah juta orang rakyat Malaysia memberi sumbangan derma tiap-tiap bulan kepada YaPEIM.

Ianya juga menjadi kewajipan kepada kita semua untuk membela mereka yang sepatutnya menerima sumbangan seperti anak yatim dan miskin selaras dengan tuntutan amal jariah.

Setiap pencarum yang ramainya dikalangan kakitangan kerajaan, guru, polis dan pekerja swasta berhak mendapat keadilan untuk memastikan setiap sumbangan mereka digunakan untuk tujuan kebajikan dan disampaikan ke pihak yang benar-benar layak.

National Oversight and Whistleblowers (NOW) telah menerima satu lagi dokumen yang menunjukkan bahawa wang YaPEIM telah digunakan untuk program di Brisbane, Sydney dan Melbourne, Australia.

Ianya dikatakan telah berlangsung pada 16 April sehingga 26 April 2014 sebagai program yang diberi nama “Promoting Islamic Values In Multi Culture & Religion: Future & Challenges”.

Jumlah peserta yang disasarkan adalah seramai 50 sehingga 70 orang yang dikatakan terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di Australia.

Mengikut dokumen Anggaran Perbelanjaan dan Agihan Mengikut Agensi Program Kembara Santun 2014, terdapat 4 agensi YaPEIM telah terlibat untuk menjayakan program ini iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN), YaPEIM, Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM (INPUT) serta Ar-Rahnu.

Berdasarkan bukti-bukti tersebut, benarkah agihan perbelanjaan adalah seperti berikut?

1. Pembiayaan melalui PEMANGKIN adalah RM 73,800.00
2. Pembiayaan melalui YaPEIM adalah RM 106,840.00
3. Pembiayaan melalui INPUT adalah RM 25,215.00
4. Pembiayaan melalui Ar-Rahnu hanyalah RM 12,650.00

Maka anggaran jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah RM 218,505.00.

Jika dokumen ini adalah benar seperti dokumen-dokumen yang dikemukakan sebelum ini, agihan perbelanjaan ini menimbulkan pelbagai persoalan-persoalan seperti:-

1. Benarkah program ini telah diadakan di Brisbane, Sydney dan Melbourne, Australia?

2. Apakah rasional YaPEIM terlibat dalam penganjuran program ke luar negara sebegini yang kosnya begitu mahal sedangkan hanya sebilangan kecil yang menerima manfaat?

3. Mengapa pembiayaan melalui PEMANGKIN dan YaPEIM adalah paling besar sedangkan agensi perniagaan YaPEIM iaitu Ar-Rahnu hanya menampung sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan program di Australia?

4. Apakah keperluan menaiki penerbangan kelas bisnes untuk Program Kembara Santun dan siapakah mereka yang menaiki penerbangan kelas bisnes?

5. Adakah PEMANGKIN bermaksud Yayasan Pembangunan Ekonomi Anak Yatim dan Miskin?

Sewajarnya Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM dan Menteri berkenaan iaitu YB Dato’ Seri Jamil Khir tampil menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

YaPEIM adalah sebuah Yayasan Islam yang berteraskan kepada sumbangan amal jariah dan bukannya entiti perniagaan yang mengaut keuntungan.

Jika terdapat lebihan pendapatan sekalipun, wang tersebut seharusnya disampaikan kepada mereka yang memerlukan seperti anak yatim, fakir dan miskin mengikut konsep amal jariah.

Rakyat, pemberi dan mereka yang sepatutnya menerima sumbangan amal jariah YaPEIM berhak mendapat keadilan dan pembelaan.


20 NOVEMBER 2015

Akmal Nasir






##




Aleh2 dok cakap dokumen di curi..nak dakwa kes dokumen curi.. sebenarnya yg membocor ini adalah pegawai2 yg bertanggungjawab yg takut kepada Allah bukan gov..

Sepatutnya di jawab betul atau tidak, kiranya betul kuarlah alasan or sebab musabab untuk berbelanja ni..

Ni kaki joli katak duit untuk melayu islam n anak2 yatim...

Mmg gov n mentori n pegawai2 yg kaki bodek dah tak bole harap...nape now baru kato menjejaskan kewangan n derma? Masa dok joli katak tu tak perasan ke, duit ni duit anakk2 yatim n melayu miskin..

Dasar songlap, memang le songlap dari atas ke bawah, semua kaki songlap .. tak kita duit derma untuk org2 miskin n anak2 yatim dibalunnya semua....


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI