pokok tukar jantina untuk berbuah
LONDON – Sebuah pokok purba berusia 5,000 tahun di Britain mulai bertukar kelamin sehingga mengejutkan ramai pakar botani yang mengaku gagal memahami perubahan kelamin serta menjadi fenomena luar biasa itu.
Spesies dikenali Fortingall Yew tumbuh di Perthshier, tengah Scotland selama ratusan tahun dicatat jenis kelamin jantan, namun baru-baru ini tumbuh buah beri, menunjukkan bahawa sebahagian pohon berubah kepada betina.
“Ini kejadian jarang dan bukan biasa serta sepenuhnya gagal difahami,” jelas Max Coleman dari Royal Botanic Garden Edinburgh, yang juga individu pertama menemui buah beri daripada pohon tersebut pada Isnin.
“Diperkirakan ada perubahan keseimbangan baka hormon yang akan menyebabkan pokok ini berganti kelamin. Salah satu hal yang memicu perubahan itu mungkin sebab faktor tekanan daripada persekitaran,” kata beliau.
Coleman menyatakan, meskipun berlaku perubahan kelamin, namun pohon tersebut tampak sihat sehingga dapat dilihat lebih jauh perkembangan keadaan fizikalnya berbanding usia sebenarnya sudah mencecah ribuan tahun.
Pokok yang agak berkerepot itu terletak di halaman sebuah gereja lama tempatan, dan dipercayai sukar kelihatan menjadi tua kerana keadaan struktur batang kayu di tengah pohon tersebut dikatakan sudah lama membusuk.
Pohon dianggap antara tertua di benua Eropah itu mula dikenal pasti pada 1769 dan menurut legenda masyarakat tempatan, kononnya tokoh empayar Roman, Pontius Pilatus pernah dilahirkan di bayang-bayang pokok tersebut.
Ramai penyelidik berjaya menganggarkan usia pohon itu sebagai 5,000 tahun dengan membandingkan ukuran tempoh pada masa ini dengan alat pengukuran yang dilakukan pada kurun ke-18
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI