10,000 ekor buaya kini kebuluran




SEBAHAGIAN daripada buaya yang diternak di ladang persendirian Cocodrilos Continental di San Manuel, Honduras.

SAN MANUEL, Honduras – Lebih 10,000 ekor buaya dijangka mati kebuluran di sebuah ladang di sini selepas aset sebuah keluarga kaya dibekukan berikutan pihak berkuasa mendakwa mereka terbabit dalam jenayah pelaburan wang haram serta pengedaran dadah.

Seorang wartawan AFP yang mengunjungi ladang seluas 30 hektar itu turut menemui tujuh ekor singa yang dalam keadaan kurus kering ditempatkan di dalam sebuah kurungan.

Ladang berkenaan yang dikenali sebagai Cocodrilos Continental terletak berhampiran bandar San Pedro Sula di San Manuel.

“Buaya dan singa di situ akan mati kelaparan termasuk kami kerana pekerja tidak lagi dibayar gaji sejak dua minggu lalu.

“Pada masa kini sebanyak 40 haiwan telah mati. Haiwan itu dibawa oleh sebuah trak sebelum ditanam,” kata seorang pekerja di ladang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Jose.

Ladang itu milik keluarga Rosenthal yang merupakan sebuah keluarga paling berkuasa di Honduras. Mereka terlibat dalam bidang perbankan, media, hartanah, pelancongan, penternakan dan pertanian.

Pada 7 Oktober lalu, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat berkata, pihaknya mahu menahan jutawan berusia 79 tahun itu, Jaime Rosenthal, anak lelakinya, Yani Rosenthal dan sepupunya, Yankel Rosenthal kerana disyaki terbabit dalam pelaburan wang haram dan aktiviti pengedaran dadah.

Pihak berkuasa kemudian mengambil tindakan membekukan aset mereka dan tidak membenarkan ahli perniagaan AS berurus niaga dengan mereka sekali gus menyebabkan sebuah bank milik keluarga itu, Banco Continental terjejas.

Sebuah syarikat akhbar milik keluarga itu turut ditutup selain Yankel sendiri ditahan sehari sebelum Jabatan Perbendaharaan membuat pengumuman tersebut.

Menurut, pengawal keselamatan di ladang itu, terdapat kira-kira 11,000 ekor buaya yang ditempatkan di 135 buah kolam, manakala 60 ekor buaya lagi baru menetas.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI