kasut pintar






Secara purata seorang lelaki mempunyai tiga pasang kasut. Satu kasut untuk bersukan, satu kasut untuk ke tempat kerja dan satu kasut untuk berjalan-jalan. Bagi seorang wanita pula mereka mempunyai purata 20 pasang kasut yang perlu dipadankan dengan busana yang dipakai. Secara peribadi kita semua hanya mempunyai dua pasang kasut dan sepasang selipar untuk kegunaan setiap hari. Keperluan memadankan kasut dengan busana yang dipakai mungkin dapat diselesaikan dengan kasut Shiftwear.

Kasut moden ini mempunyai tubuh yang diperbuat daripada skin e-ink. Melalui aplikasi pintar khas, pemilik Swiftwear boleh mengubah corak, warna dan juga gaya kasut ini. Tambah menarik ia bukan sahaja boleh memaparkan imej statik malahan boleh menggunakan imej beranimasi.

Bateri yang digunakan mampu bertahan selama 30 hari dan dicas semula dengan setiap langkah yang diambil pemakai. Kasut ini juga kalis air sehingga lima meter dan mempunyai tapak yang diperbuat daripada kevlar. Harga sepasang kasut Swiftwear bermula dari $150 (~RM 630) sepasang. Jika anda tidak mahu membeli kasut pelbagai corak untuk acara tertentu, sepasang Swiftwear sudah cukup untuk menghasilkan pelbagai gaya yang diperlukan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI