Huawei Mate 8






Huawei hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dibawah keluarga Mate, iaitu Huawei Mate 8. Seperti biasa, Huawei mengatakan ia membawakan kuasa pemprosesan terkini, dan menawarkan skrin bersaiz 6-inci dengan resolusi HD penuh.

Dari segi spesifikasi, ia dijana dengna cip Kirin 950 lapan-teras dengan kelajuan sehingga 2.3Ghz, memori dalam pilihan 3GB RAM/4GB RAM, ruangan storan bermula 32GB, dan turut menyokong kad mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 16-megapixel (Sony IMX298), dan kamera hadapan 8-megapixel (Sony IMX179). Peranti ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4000mAh, dan menawarkan sokongan penggunaan dwi-SIM (berasaskan hibrid – dimana pilihan menggunakan SIM kedua atau mikroSD).

Telefon pintar ini menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dan antaramuka Huawei tersendiri, EMUI 4.0.

Secara kasar, berbanding Huawei Mate S, Huawei Mate 8 ini dilihat lebih kepada kemaskini keluarga Mate 7 tahun lepas. Huawei sendiri menekankan yang mana peranti ini menawarkan penggunaan yang lebih 30% lama berbanding Huawei Mate 7 sebelum ini.

Telefon pintar baru ini turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas, membolehkan pengguna mengecas sehingga 37% dalam masa 30 minit.



maklumat lanjut di sini

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI