petua bendi supaya tidak berlendir
Bendi mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan seperti sayur-sayuran yang lain. Tetapi ada sesetengah orang kurang menggemari bendi kerana bendi ini berlendir. Bendi sedap dimakan sama ada dimasak atau pun dijadikan ulam-ulaman.
Sebenarnya ada cara yang mudah untuk mengelakkan bendi ini berlendir. Dalam masa yang sama bendi ini akan tahan lama. Tetapi bagaimana caranya?
Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah bendi, minyak masak dan air.
Cara-caranya:
Didihkan terlebih dahulu air dan juga minyak masak mengikut kuantiti yang bersesuaian.
Masukkan bendi dan rebus seketika. Jangan lama-lama. Nanti bendi tersebut akan lembik.
Angkat bendi tersebut dan toskan seketika.
Siap dan boleh dihidangkan.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI