padah PM takut bini ..dayus...takut serba serbi....WSJ dan akhbar liberation peranchis telor terkucil...inikan nak saman Ling Liong Sik....takut rahsia curi duit 1 mdb jadi derma terbongkar....kah kah kah...!!!



pahlawan bugis  dayuss...telor di picit bini...takut serba serbi...!!!


Datuk Seri Najib Razak tidak lagi akan dianggap serius jika beliau ragu-ragu untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Tun Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataan yang  kononnya  dianggap memfitnah selepas mengancam akan menyaman bekas menteri Kabinet itu.

Peguam berkata, perdana menteri perlu bertindak serta merta kerana dakwaan terhadap reputasi beliau itu dibuat bekas presiden MCA yang juga bekas menteri kanan Kabinet.

Mereka juga bertanya kenapa, sebagai perbandingan, Najib begitu cepat memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dan portal berita Mediarakyat serta akhbar Harakah.

Peguam SN Nair berkata, tiadanya tindakan terhadap Dr Ling bermakna Najib hanya membuat ancaman kosong apabila peguamnya menghantar surat tuntutan itu.

"Surat tuntutan tidak seharusnya dihantar sekiranya beliau tidak serius hendak melindungi reputasinya," kata Nair.

Peguam itu berkata, dalam membuat saman fitnah, seorang yang reputasinya dicederakan tidak seharusnya menunggu walaupun tempoh masa untuk memfailkan saman berkenaan selama 6 tahun.

Nair berkata demikian mengulas kenyataan peguam Najib yang mengatakan mereka akan menunggu arahan daripada perdana menteri sebelum membuat keputusan sama ada untuk memfailkan saman terhadap Dr Ling berhubung kenyataannya mengenai cara beliau mengendalikan syarikat pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Ling dilaporkan Malaysiakini pada 3 Oktober sebagai berkata, beliau bersetuju dengan bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang Najib "mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau".

Pada 5 Oktober, Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Najib, menghantar surat tuntutan kepada Dr Ling, menuntut permohonan maaf, penarikan balik kenyataan dan ganti rugi dalam masa 7 hari, jika tidak, tindakan undang-undang akan dimulakan.

Bagaimanapun, peguam Dr Ling secara rasmi menulis kepada Hafarizam pada 9 Oktober, mengatakan yang anak guamnya sedia mempertahankan kenyataannya.

Peguam Fahri Azzat berkata, rakyat akan tertanya-tanya mengapa Najib teragak-agak untuk membersihkan namanya selepas ia dicemari Dr Ling.

"Dakwaan itu bukan dibuat seorang rakyat biasa tetapi seorang bekas pemimpin kanan parti komponen (MCA) dan menteri Kabinet yang lama berkhidmat," katanya.

Fahri berkata, beliau menjangkakan saman itu akan difailkan dengan serta-merta selepas syarat-syarat yang digariskan dalam surat tuntutan itu tidak dipenuhi.

"Peguam beliau sepatutnya sudah memfailkan dokumen mahkamah kerana ia satu perkara yang mudah dan jelas," katanya.

Beliau berkata, keengganan Najib bertindak hanya menunjukkan perdana menteri hanya bercakap tetapi tidak bertindak.

Najib terlibat dalam siasatan rasuah ke atas 1MDB selepas akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat melaporkan pada Julai sejumlah AS$700 juta dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi beliau menjelang pilihan raya umum 2013.

Perdana menteri menafikan menggunakan wang awam, termasuk dari 1MDB, untuk kepentingan peribadi, walaupun timbul persoalan mengenai sumber dan tujuan dana itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang RM2.6 bilion itu adalah sumbangan seorang penderma dari Timur Tengah.

Najib juga tidak memfailkan saman terhadap penerbit WSJ, Dow Jones & Company walaupun ia mempertahankan laporan mereka bertarikh 2 Julai dan 6 Julai itu.





##


najib pondan...takut bini...takut serba serbi....parti orang bodoh ajer yang begitu bodoh terima penyanggak laki bini sebagai PM..

Bugis dayus  ni memang  takut ke mahkamah beri keterangan lah nie....memang betul la ada yang x kena dengan duit songlap 2.6 billion.

Surat tuntutan tu acah je. Sama dengan kes WSJ. Kalau ke mahkamah rahsia2 penipuan habis terbongkar.

Pahlawan bugis konon, buat malu kerabat bugis ade lee. Dah mengancam hendak saman tapi bila dicabar dia lari ..



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI