adenan satem pulak minta sepenggal lagi perintah sarawak....serupa najib....minta sepenggal....rupanya habis nasib rakyat di penggal ...dan ada can cari penderma arab derma ke akaun peribadinya.!!!

Adenan rayu beri 5 tahun lagi pimpin Sarawak








masing masing minta sepenggal  lagi memerintah...akhirnya rakyat yang kena penggal


Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sekali lagi merayu kepada pengundi Sarawak memberikan beliau 5 tahun lagi memimpin negeri itu.

"Saya kini berusia 71 tahun dan pada tempoh 5 tahun akan datang saya akan berusia 76 tahun...cukuplah dan saya akan bersara kerana saya tidak perlu menjadi ketua menteri untuk terlalu lama," katanya.

Adenan berkata beliau memerlukan 5 tahun lagi bagi membolehkannya "melakukan lebih banyak perkara untuk Sarawak".

Beliau membuat permintaan itu pada Majlis Malam Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak di Kuching, malam tadi.

Dalam tempoh kurang 2 tahun menjadi ketua menteri, katanya beliau sudah melaksanakan 43 keputusan dasar yang penting bagi memanfaatkan rakyat termasuk menurunkan kadar tarif elektrik untuk pengguna domestik, komersial dan industri.

Beliau turut memansuhkan bayaran tol di 2 jambatan di Sibu dan menyeragamkan tambang feri untuk kereta penumpang pada kadar RM1 untuk semua perkhidmatan feri di Sarawak termasuk di Long Lama dan Marudi.

Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan berakhir pada Jun 2016 dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangka mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-11 pada awal tahun depan.

Adenan menggantikan ketua menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah negara, Tun Abdul Taib Mahmud (33 tahun) pada 28 Februari tahun lepas.




##


inilah padahnya bagi  perompak dan penyamun memerintah sepenggal lagi..2 x5 ajer dengan si satem ini..satu team penyamun




About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI