kajian menunjukkan 600 Kanak-Kanak merokok sehari
LONDON – Hampir 600 kanak-kanak bawah umur 16 tahun di Britain mula merokok buat kali pertama setiap hari di United Kingdom.
Seramai 463 mula merokok setiap hari di England, 50 di Scotland, 30 di Wales dan 19 di Ireland Utara.
Di London, 67 kanak-kanak mula merokok setiap hari manakala di Birmingham, sembilan daripada 74,000 remaja bawah 16 tahun mula merokok buat kali pertama.
Pakar menggunakan data kajian lebih 6,500 kanak-kanak untuk menganggarkan 207,000 kanak-kanak merokok antara 2010 dan 2011.
Data itu diambil daripada kajian ke atas pelajar sekolah di England berusia tahun 7 hingga 11, kebanyakannya berusia 11 hingga 15 tahun yang dilakukan Pusat Penerangan Penjagaan Kesihatan dan Sosial.
“Data berkenaan sepatutnya menyedarkan orang ramai mengenai kanak-kanak yang merokok bagi menanganinya,” k ata pakar dari Kolej Imperial dan Cancer Research UK
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI