badan jadi kanvas untuk berkarya



CORAK diilhamkan Ironman.



LUKISAN diilhamkan daripada filem Captain Amerika.

Seorang pelukis badan berbakat berupaya mengubah subjeknya menjadi watak adiwira dan penjahat.

Jody Steel, 21, dari Los Angeles berupaya mengubah seseorang menjadi Superman, Batman, Wolverine atau Iron Man. Semua hasil karyanya dikongsi dengan 534,000 pengikut di laman Facebooknya.

Apa yang menjadikan rekaan Jody unik ialah kemampuannya menjadikan lukisannya nampak hidup, seolah-olah subjeknya memakai kostum sebenar.

Dia menyiapkan setiap rekaannya dalam masa 45 minit hingga sejam tetapi proses menyiapkan rekaan itu bergantung kepada kaedah yang digunakan.

“Ia bergantung kepada marker, jenis kulit, bentuk dan tekstur, malah kanvas juga selalu berbeza,” katanya.

Jody baru-baru ini mengubah seorang subjeknya menjadi Wolverine, menggunakan cat badan berwarna hitam dan kuning supaya ia tampak seperti kulit badan dan mukanya tersiat.

Dia turut mengecat tangan, dada dan muka seorang lelaki menjadi Terminator.
Satu hasil karya tradisionalnya menunjukkan wajah dan dada wanita dilukis menjadi Joker.

Jody mula melukis pada badan subjeknya ketika di sekolah menengah lagi, sekadar suka-suka sebelum dia menjadi popular di media sosial.

Katanya, sekiranya dia ingin membuat karya baru, dia akan merujuk peminatnya untuk mendapatkan ilham.

“Cara yang terbaik untuk memulakan sesuatu karya adalah dengan bekerjasama dengan peminat dan mendengar pendapat mereka.

“Saya cuba mendapatkan nasihat mereka dan bertanya apa yang mereka mahukan,” kata Jody.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI