tidak mandi selama 12 tahun



WHITLOCK (tengah) bersama kakitangan syarikat AOBiome di Massachusetts, Amerika Syarikat.

MASSACHUSETTS, Amerika Syarikat – Seorang jurutera kimia di sini mengakui tidak pernah mandi selama 12 tahun kerana mahu memelihara ‘bakteria baik’ di kulitnya.

Dave Whitlock yang merupakan saintis di Institut Teknologi Massachusetts (MIT) berkata, sebagai alternatif dia menggunakan semburan kabus yang mengandungi bakteria hidup di kulitnya dua kali sehari.

Produk tersebut, Mother Dirt dihasilkan oleh syarikat AOBiome yang turut diasaskan oleh Whitlock melalui penjualan bakteria hidup sebagai semburan untuk kulit, menurut agensi berita, CBS Boston.

“Saya tidak pernah mandi sejak 12 tahun lalu. Tiada orang yang melakukan ujian klinikal terhadap manusia yang mandi setiap hari. Jadi, apa asas untuk menganggapnya ia satu amalan yang sihat,” kata Whitlock.

Walaupun tidak mandi, kadangkala Whitlock akan menggunakan span untuk membersihkan kotoran yang ada di kulitnya.

Saintis itu mendapat idea mengenai bakteria baik apabila seorang rakan wanitanya bertanya mengapa kuda suka berguling di atas tanah dan kotoran sewaktu musim panas.

“Satu-satunya sebab mengapa kuda berkelakuan seperti itu ialah kerana haiwan berkenaan memperoleh manfaat daripadanya,” kata Whitlock.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI