CD terpakai hiasi karavan






KARAVAN ini dihias menggunakan 4,000 keping CD.

LAZIMNYA, kepingan cakera padat (CD) yang sudah tidak digunakan sering dilihat di tapak pelupusan sampah.

Bagaimanapun, berbeza di Britain apabila CD yang tidak digunakan lagi menjadi aksesori menghiasi karavan milik sebuah keluarga.

Menurut pemilik karavan tersebut, Carwyn Lloyd Jones, 42, dia membeli karavan terpakai yang usang daripada sebuah laman web pada harga £120 (RM793).

Dia bagaimanapun hanya membelanjakan sebanyak £720 (RM4,757) untuk kembali menjadikannya sebagai sebuah tempat tinggal sewaktu bercuti dengan hanya menggunakan bahan-bahan terpakai.

Siapa sangka, dengan hanya menggunakan sedikit modal, Jones berjaya menukar karavan buruk itu menjadi sebuah kenderaan eksklusif dengan hanya menggunakan kepingan CD dan vinil yang ditampal pada dinding serta lantai kenderaan.

Bagi tujuan tersebut, Jones yang berasal dari Wales, Britain itu menggunakan 4,000 keping CD yang diambil daripada sebuah pusat kitar semula berdekatan kediamannya.

“Sebenarnya bukan mudah untuk mengambil ribuan keping CD secara percuma, biarpun ia sudah tidak digunakan lagi.

“Ketika pertama kali saya memberitahu mahu membuat hiasan pada dinding karavan, pemilik premis tersebut terkejut dan enggan memberi kerjasama, namun sebaik melihat kesungguhan saya, dia membenarkan saya mengambil sejumlah CD yang diperlukan,” jelasnya.

Menurut Jones, pada mulanya dia hanya menggunakan barangan yang murah untuk membaik pulih karavan yang baru dibelinya itu bagi menjimatkan kos.

Bagaimanapun, siapa sangka usaha tersebut bukan sahaja berhasil, malah berjaya menjadikan karavan yang pada mulanya buruk tampak begitu eksklusif.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI