bior betul...caj parkir kereta pusat beli belah di KL, 4 Jam RM12,177...?




Pelbagai  aduan mengenai kadar bayaran tempat letak kereta khususnya di ibu kota yang disifatkan tidak masuk akal dan melampau telah biasa kita mendengarnya

Terbaharu, menimpa seorang wanita yang terkejut besar apabila melihat kadar bayaran tempat letak kereta yang perlu dilangsaikannya berjumlah RM 12,177 untuk tempoh empat jam.

‘Mangsa’ yang dikenali sebagai Datin Ira Ghani berkata, ketika itu dia dan rakannya baru pulang meraikan majlis hari jadi di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara.

“Saya hairan kenapa dia berpatah balik dan mengajak saya untuk melihat sendiri harga bayaran tiket berkenaan.

“Kami betul-betul terkejut dengan jumlah harga tiket yang terpapar di skrin mesin pembayaran automatik.

“Cas RM12,177 yang tertera di mesin bayaran parkir automatik pusat membeli belah itu adalah bersamaan dengan cas selama 408 hari.

“Pada hakikatnya kami berada di situ tidak lebih empat jam dan perkara itu menambah kemusykilan kami,” katanya .

Berikutan tidak puas hati dengan kadar yang dikenakan, Ira dan rakannya terus membuat aduan kepada pusat aduan parkir di situ.

Apa yang lawaknya, rupa-rupanya berlaku kesilapan teknikal pada mesin berkenaan dan bayaran tiket yang dikenakan hanyalah berjumlah RM12 sahaja.

Alahai, nasib baik tidak berlaku serangan sakit jantung. Kalau tidak, kena samanlah gamaknya pihak pengurusan parkir tersebut

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI