apa ke banggang barua nih...kalau dah terpalit skandal derma AS 700 juta dan ponteng persidangan anti rasuah memang wajar tuan rumah persidangan kena cela...padan muka...sebab kalau hadir mana najib nak letak muka....!!!

Tak patut perwakilan asing kritik tuan rumah, kata menteri



Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mengakui reputasi Putrajaya tercemar berikutan kritikan yang dilempar terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung derma AS$700 juta, pada persidangan anti rasuah antarabangsa yang baru berlalu.

Bagaimanapun, pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) itu tidak mengendahkannya dan berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada menyelesaikan isu panas seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan membenarkan siasatan ke atas derma itu selesai.

"Kerosakan sudah terjadi. Ya, kita perlu selesaikan isu 1MDB. 1MDB akan diselesaikan, apa saja cabaran yang mereka hadapi.

"Daripada situ, kita akan dapat terus bergerak ke depan dan mendapatkan semula kepercayaan rakyat," katanya pada satu sidang media di Wangsa Maju hari ini.
Beliau berkata, kerosakan itu tidak dapat dipulihkan, tetapi kerajaan perlu ingat yang serangan terhadap Najib datang daripada ‘mesin yang berjalan lancar’.

Rahman berkata, perwakilan asing pada Persidangan Antarabangsa Anti Rasuah (IACC) ke-16 2015 itu tidak sepatutnya mengkritik Malaysia pada satu acara di mana negara ini menjadi tuan rumah.

"Tak sesuai mereka berkata demikian secara terbuka begitu. Anda tak boleh sesuka hati mengata negara tuan rumah begitu dan begini," katanya.

Persidangan 3 hari di Putrajaya yang berakhir semalam, menyaksikan perwakilan seperti pengerusi Transparency International Jose Ugaz menggesa Najib menjelaskan mengenai dana yang disalurkan ke akaun beliau.

Para aktivis anti rasuah dan pakar dari seluruh dunia juga menuntut Najib menerangkan sekiranya sebarang ikatan dikaitkan dengan sumbangan derma itu.

Rahman berkata, tidak ada gunanya menuntut jawapan pada ketika ini apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilih untuk tidak menghebahkan kerja yang sedang mereka lakukan.

Beliau berkata, orang ramai hanya perlu menunggu badan anti rasuah itu melengkapkan siasatannya dalam perkara itu.

Beliau juga mengingatkan orang ramai Najib sendiri meminta siasatan dijalankan berhubung dana itu, bermakna perdana menteri itu tiada apa hendak disembunyikan.

Orang ramai juga boleh menjangkakan Najib akan terus memberi penjelasan daripada pihaknya, kata Rahman.

"Tunggu ucapan bajet beliau Oktober nanti, dan pengenalan semua Rancangan Malaysia ke-11 hujung tahun ini.

"Saya rasa perdana menteri ada satu atau dua acara di mana beliau boleh menyampaikan ucapan dasar yang besar.

"Jadi, beliau akan boleh menyampaikan kepada rakyat Malaysia pendirian beliau dan apa tindakan beliau selanjutnya," katanya.

Bulan lepas, SPRM mengesahkan Najib menerima RM2.6 bilion daripada sumber tidak dinamakan dari Timur Tengah untuk satu tujuan yang tidak dikhususkan






##



SPRM pun barua juga...derma sebanyak itu yang tak masuk akal...boleh pulak yer untuk si najib haramjadah..

siasatan berjalan atau projek untuk coverline sedang mencari kambing hitam yang berjalan..

SANDIWARA PERBODOHKAN RAKYAT MALAYSIA masih berjalan...

Bodoh Dan Tak malu betul la menteri ni, tuan rumah dah begini rupa,Takut pulak kena kritik.kalau tuan rumah OK, siapa nak kritik

apa tak patutnya , perkara tak elok orang tolong tegur , takut orang tegur jangan buat jahat .jangan ingat negara kita bolih kita bebas lakukan apa saja , gunalah otak sikit sebagai menteri bukan sebagai penjilat

orang luar  luar berani cakap sbb ada yangg x kena  dengan cerita derma 2.6b..kalo x..mana mungkin orang nak cakap yg bukan bukan..yg dituduh songlap pun kecut x hadir. Kalo betul difitnah...kenapa x berani berdepan? Bukankah itu peluang terbaik untuk memberi penjelasan agar msia tidak dikutuk org luar?

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI