tabiat makan paku...nyaris organ dalaman rosak
Changchun (China): Seorang wanita yang menghidap sakit jiwa dilaporkan menelan hampir sekilogram paku sepanjang dua tahun lalu.
Wanita berusia 54 tahun itu yang dikenali sebagai Li Li juga dikatakan memakan kaca.
Menurut sumber keluarga, wanita itu pernah memakan lebih 12 paku sekali gus.
Sehingga semalam, Li Li menjalani tiga pembedahan untuk mengeluarkan paku dan kaca dari perutnya.
Keluarganya terpaksa menghabiskan ratusan ribu yuan untuk tujuan itu.
Doktor berkata, mereka berjaya mengeluarkan hampir sekilogram paku dari perutnya.
Kebanyakan paku yang dikeluarkan itu lurus, tetapi ada juga yang bengkok.
Anehnya, tabiat itu tidak menyebabkan organ dalamannya rosak teruk
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI