bagasi dengan Sistem pengecasan tanpa wayar
Situasi mencari palam elektrik di lapangan terbang untuk mengecas peranti ada setengah setengah antara kita pernah lalui. Malah ada peranti mereka yang kekurangan bateri dan menemui sebuah palam elektrik yang tidak boleh digunakan oleh sesiapa.
Di Eropah, palam 3 kaki yang digunakan di negara kita tidak boleh digunakan. Penyesuai antarabangsa yang di miliki memang wajar di bawa dan disimpan di dalam dalam beg yang dibawa masuk. Jika penyesuai dibawa ia perlu “dikorek” keluar dari beg dengan wayar pengecas berselirat.
Pastinya ada cara lebih mudah untuk mengecas peranti ketika di lapangan terbang.
VoltVoyage dicipta untuk masalah ini. Ia sebuah beg beroda dengan pengecas tanpa wayar terbina. Hanya letakkan beg anda pada bahagian atas VoltVoyage dan ia akan mengecas secara automatik.
Pengecas ini menggunakan sistem Qi Wireless yang digunakan kebanyakan peranti pengeluar seperti Samsung, Microsoft dan Nexus. Ia dilengkapi bateri sebesar 18000 mAh.
Turut disertakan ialah port USB untuk mengecas peranti lain yang tidak menyokong pengecasan tanpa wayar. Beg VoltVoyage sedang mengumpul dana dan boleh anda miliki pada harga $195 sebuah.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI