tip punya pasal .... ‘Hello Kitty’ dan ‘Minnie Mouse’ bertumbuk di Times Square



SEKUMPULAN penghibur jalanan memakai pelbagai kostum di Times Square, New York baru-baru ini.

BANDAR RAYA NEW YORK – Dua penghibur jalanan yang memakai kostum watak kartun popular ditahan di Times Square di sini baru-baru ini kerana bergaduh dan membuat kecoh di tempat awam.

Jiovanna Melendez, 40, yang memakai kostum Hello Kitty dan Sandra Mocha, 34, yang menyarung kostum Minnie Mouse, bertumbuk kerana tidak berpuas hati dengan tip yang mereka terima.

Melendez mengalami luka di bibir, manakala Mocha pula cedera di muka akibat pergaduhan tersebut, lapor laman berita Sky News.

Sebelum kejadian, kedua-duanya dilihat beramah dengan beberapa pelancong dan bergambar bersama mereka dengan mengenakan sejumlah bayaran. Kejadian berlaku di sebuah pusat beli-belah terkenal di New York, Crossroads of the World.

Salah seorang daripada mereka dikatakan berang kerana menerima tip yang sedikit berbanding rakannya.

“Ini merupakan salah satu sebab mengapa kita perlukan peraturan bagi menangani masalah yang semakin meningkat di Times Square,” ujar Presiden Kesatuan Penghibur Jalanan Times Square Alliance, Tim Tompkins.

Pada tahun lalu, sekumpulan penghibur jalanan yang memakai kostum telah membentuk sebuah kesatuan susulan beberapa tangkapan polis dan pergaduhan sesama mereka.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI