sandiwara yang sudah di jangka....tangkapan Justo seperti dirancang untuk bersihkan nama Najib
1:43 PG
1 malaysia di bodohkan
,
1 mdb
,
najib kaki kelentong
,
politik
,
politik kotor
,
rosmah penyanggak
,
skandal najib
,
skandal rosmah
Edit
seekor lagi kambing hitam najib untuk bersih burid rosmah yang bergelimang dengan noda 1 mdb...!!!
Kita menyifatkan tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo yang didakwa membocorkan maklumat yang ada kaitan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seolah-olah dirancang untuk membersihkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beberapa perkara boleh dipertikaikan sejak berita mengenai tangkapan Justo itu didedahkan akhbar New Straits Times (NST).
Semua ini perancangan bawa wartawan New Straits Times pergi ke Bangkok untuk buat liputan berita ke atas Justo, yang ada hanya New Straits Times saja pergi.
Cuba baca, mereka dibawa pergi untuk buat liputan di Bangkok dan mereka saja yang terbitkan berita itu terlebih dulu.
NST menyiarkan penangkapan Justo pada muka depan akhbar itu pada Rabu lalu, malah menghantar wartawan mereka ke Bangkok sehari lebih awal untuk membuat liputan tersebut.
Malah, NST dalam laporannya juga mendakwa Justo membuat pengubahsuaian ke atas dokumen PSI yang kemudian digunakan laman pembocor rahsia, Sarawak Report yang banyak membuat pendedahan mengenai skandal 1MDB.
Nampaknya laporan tersebut kemudiannya digunakan untuk membersihkan nama Najib sendiri.
Sarawak Report awal bulan lalu mendakwa perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi dimulakan ahli perniagaan Low Taek Jho dan pasukannya pada 8 September, 2009 iaitu hampir sebulan sebelum perjanjian itu ditandatangani.
PetroSaudi International juga mewujudkan anak syarikat, 1MDB-PetroSaudi pada 18 September tahun sama, 10 hari sebelum anak syarikatnya menerima AS$1 bilion daripada 1MDB.
Empat hari kemudian, pada 29 September, 1MDB membeli 40% saham baharu dalam 1MDB-PetroSaudi dan menyuntik RM1 bilion dalam bentuk wang tunai.
Keesokannya, sejumlah AS$700 juta dibawa keluar daripada 1MDB-PetroSaudi dan diberikan kepada PetroSaudi International.
Selain itu , bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga sangsi dengan berita tangkapan Justo tersebut yang dibuat pada ketika Najib gagal menjawab berkaitan semua skandal 1MDB.
Malah masih terlalu awal untuk bersetuju dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung kebocoran maklumat daripada Justo adalah maklumat yang diputar belit.
##
Ingat tak sebelum ini bagaimana Najib menggunakan rangkaian barua upahanya untuk mendapatkan kotak hitam MH17 dari pemberontak Ukraine ... nampaknya dia juga menggunakan rangkaian ini sekali lagi kali ini dengan bantuan pemimpin Thailand, , dalam penangkapan kambing hitam terbaru ini yang sangat mencurigakan.
Walau macam mana nak bersihkan namanya ,najib tetap terkantoi dalam hal ini.kerana 1 MDB adalah dari idea dan kelulusan dia sebagai PM dan merangkap menteri kewangan .Adalah tidak masuk akal untuk menjadi kambing hitam orang lain bagi menutup skandal dia dan bini dia menyeleweng wang 1 MDB...kalau tak masakan boleh Jho Low barua rosmah menuding jari kepada beliau laki bini sebagai punca ketirisan dalam pengurusan kewangan 1 MDB .
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI