Sekarang, Annuar kata Najib tolak pembelian hartanah Mara di Australia
kaw tim ma....sekarang wa buat u-turn untuk lu...i help u ...u help me....ha ha ha
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa kini telah membuat "pusingan U" apabila mengatakan pembelian hartanah di Australia tidak diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum ini Najib menafikan kenyataan pertama Annuar yang mengatakan perdana menteri, yang juga menteri kewangan, meluluskan pembelian hartanah tersebut.
"Tidak, ia tidak seperti itu, yang betulnya ada satu hitam putih dan kelulusan diberikan pada Mara Inc untuk dibawa ke Majlis Mara dan kemudianya selepas dibawa di kementerian dan majlis ekonomi yang dipengerusikan perdana menteri.
"Namun ketika hari itu (sidang media) semasa soal jawab, ada orang yang pusing kata PM yang lulus, jadi saya nak jelaskan sebenarnya perdana menteri tidak meluluskan, ianya dalam dalam surat bertarikh 10 Mei.
"Kementerian Kewangan memaklumkan perdana menteri tidak meluluskan pembelian dan kemudiannya barulah kementerian luar bandar dan Mara membuat rayuan semula.
"Majlis ekonomi, kerana ianya ada Bank Negara dan menteri ekonomi, perbincangan lebih meluas dan ia diputuskan di situ," katanya kepada pemberita di hadapan ibu pejabat SPRM, Putrajaya .
Selain itu, beliau berkata, Mara juga membuat keputusan untuk melantik firma audit antarabangsa bagi tujuan membuat laporan yang lebih kukuh dan menyakinkan selain daripada bergantung kepada audit dalaman.
"Kita ada audit dalaman, namun kita buat keputusan ianya tidak memadai dengan hanya audit dalaman, jadi kita akan melantik audit luar dari firma antarabangsa di mana cadangan ini kita akan kemukakan dalam mesyuarat majlis (Mara) pada 1 Julai nanti.
"Kita lantik audit antarabangsa supaya laporon akan lebih menyakinkan kerana walaupun SPRM menjalankan tugas dan mengikut kaedah serta peraturan tertentu tetapi kita juga perlu lihat dari segi pengurusan audit.
"Ini tidak semestinya melibatkan soal jenayah atau rasuah dan sebagainya tetapi untuk kita perkemaskan untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan. Kerana itu kita perlukan laporan audit antarabangsa," katanya tanpa menyatakan syarikat antarabangsa yang dilantik.
Pada masa sama, beliau juga berkata laporan interim mengenai pembelian hartanah di Australia itu sudah pun diserahkan kepadanya oleh audit dalaman.
Ditanya mengenai status pegawai atasan Mara yang didakwa terlibat dalam salah guna pembelian hartanah tersebut, beliau berkata ianya di luar bidang kuasanya.
"Itu hanya di peringkat menteri bagaimanapun saya akan bincang di mesyuarat majlis termasuk dengan mengumpul segala bukti kerana sekarang belum ada sebarang bukti dan perlu berhati-hati kerana takut kita pula akan disaman. Jadi buat masa ini kita hanya bincang dahulu," katanya
##
pelik sungguh bila pegawai atasan MARA bukan dalam bidang kuasa dia nak pantau...kah kah kah...
dah cover najib perompak kini cover pencuri nyamuk...what ever pun imej kerajaaan dah tercemar dengan pelbagai skandal..tiada apa harapan yang boleh di berikan terhadap kerajaan penipu rakyat
kecuali rakyat bodoh dan tonggong yang masih rela di kelentong oleh geng penyamun kerajaan UMNO-BN nih
Home
/
MARA
/
pencuri
/
perompak rakyat
/
politik
/
politik kotor
/
nak selamatkan kepala perompak maka pencuri ini sanggup pulak buat u-turn.....
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI