tangkap jerung pelik




GAMBAR fail dikeluarkan oleh Muzium Victoria Isnin lepas menunjukkan pegawai muzium mengukur ikan jerung yang ditangkap secara tidak sengaja oleh nelayan di Bass Straip, tenggara Australia



MELBOURNE – Seekor ikan jerung pelik berukuran 6.3 meter yang berjaya ditangkap oleh sekumpulan nelayan memberi peluang kepada para saintis untuk melakukan penyelidikan terhadap ikan kedua terbesar di dunia itu.

Spesies ikan itu jarang diketahui kerana tidak muncul di permukaan air bagi mendapatkan udara untuk hidup menyebabkan haiwan marin berkenaan begitu jarang dilihat.

Spesimen ikan itu telah didermakan kepada Muzium Victoria yang akan menggunakan sampel tisu, isi perut dan tulang untuk melakukan penyelidikan terhadap genetik, diet dan sejarah kehidupan.

Menurut kenyataan muzium, kepala dan sirip ikan tersebut turut digunakan untuk membina model lengkap bagi tujuan pameran.

“Penemuan unik ini akan menyediakan lebih banyak informasi yang tidak diketahui selain membantu usaha pemuliharaan dan penyelidikan biologi,” ujar Kurator Kanan Bahagian Iktiologi, Martin Gomon.

Spesies ikan jerung yang ditangkap secara tidak sengaja oleh nelayan di perairan Bass Strait di bahagian tenggara Australia itu biasanya bergerak secara perlahan dan memakan plankton, malah mampu membesar sehingga 12 meter.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI