tukang roti mogok...askar pulak kena kerah buat roti

LA PAZ – Anggota tentera darat Bolivia terpaksa dikerah ‘memanggang’ puluhan ribu roti ekoran keseluruhan tukang roti di negara Amerika Latin itu melancarkan mogok kerja.

Ribuan askar diarahkan pemerintah Bolivia susulan beberapa wilayah telah melaporkan kekurangan pekerja pembuatan roti, terutama di ibu kota La Paz dan bandar raya kedua terbesar, El Alto di pinggir ibu negara.

“Kami memang mengalami kekurangan petugas. Namun kami akan cuba membuat 70,000 roti dalam sehari dan masih boleh meningkatkan produksi apabila perlu,” kata Menteri Pembangunan Bolivia, Veronica Ramos.

Pemerintah tempatan akan menjual roti buatan tentera itu di semua kedai runcit dan pasar raya biasa pada harga serendah 40 sen boliviano (kira-kira 20 sen Malaysia) bagi setiap buku, lapor akhbar harian pada Rabu.

Manakala tukang roti negara itu mendakwa mereka biasanya perlu menjual setiap potong roti dengan harga 50 sen boliviano (kira-kira 25 sen Malaysia) untuk mendapatkan semula untung dan pulangan sedikit modal.

Kesemua tukang roti di seluruh Bolivia melancarkan mogok kerja serentak selama 48 jam sebagai memprotes keputusan pemerintah yang menghapuskan subsidi bagi tepung gandum serta merupakan bahan asas roti.

Menteri Pertahanan Bolivia, Reymi Fereira mengisytiharkan perintah darurat susulan mogok terbesar dalam sejarah negara itu serta mengarahkan berek tentera dijadikan kilang sementara dan askar dikerah membuat roti.

“Tukang roti di Bolivia mampu kaya kerana diuntungkan oleh subsidi itu selama bertahun-tahun. Mereka sekarang perlu memikul beban itu sendiri tanpa harap bantuan kerajaan,” kata Menteri Pembangunan, Veronica Ramos.

Bolivia adalah negara termiskin di benua Amerika Selatan, namun tahap kemiskinan dan kemelesetan ekonomi berjaya diturunkan sejak berkuasanya Morales dengan melakukan rasionalisasi subsidi.




About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI