Project Vault – Untuk Data Sensitif Dan Peribadi



Selain daripada Project Jacquard dan juga Project Soli, pihak Google ATAP juga turut hadir dengan sebuah lagi projek baru yang dikongsikan hari ini pada Google I/O, iaitu Project Vault. Melaluinya, ia membawakan sebuah kad mikro-SD yang ditujukan untuk menyimpan data dengan lebih selamat.

Melalui kad mikro-SD berkenaan, Google melengkapkan ia dengan sebuah cip pemprosesan tersendiri dan menjalankan RTOS (sistem operasi masa-nyata). Google juga turut menyertakan sokongan NFC untuk berkomunikasi, selain ruangan storan sebesar 4GB.


Jadi apa bezanya Project Vault ini dengan kad-SD biasa? Melalui Project Vault, Google menekankan kepada komunikasi yang lebih selamat berbanding kebiasaan. Memandangkan ia merupakan mikro-Sd, maka ia boleh digunakan pada pelbagai jenis peranti dan menyokong pelbagai platform – termasuk Windows, Android dan juga Mac. Dengan menggunakannya, apabila data melalui mikro-SD berkenaan, ia melalui penyulitan tersendiri sekaligus menjadikan komunikasi lebih peribadi dan tidak boleh dicuri dengar yang lain.

Selain storan, ia juga dilihat boleh digunakan sebagai ganti untuk kata-laluan. Sebelum ini Google pernah memperlihatkan sokongan USB sebagai pengesahan identiti, dan ini mungkin membawakan sokongan yang sama. Menurut Google ATAP, penggunaan Project Vault lebih 10 kali ganda selamat berbanding kata laluan. Ia juga turut boleh mempelajari cara penggunaan anda dan mengetahui sekiranya orang lain yang sedang menggunakan peranti anda.

Google masih tidak berkongsi akan perancangan untuk bila ingin menjualnya kepada umum. Daripada apa yang dikongsikan, ia lebih ditujukan kepada perusahaan buat masa ini, dan mungkin akan diperluaskan kepada pengguna umum pada masa akan datang.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI