bila menteri cap ayam cuba jadi barua penyelamat maruah PM Rosmah bini najib yang perabihkan duit 1 MDB....apa yang rakyat nak tau kemana perginya duit yang hilang itu...!!!!

Syarikat petroleum Abu Dhabi salur RM1 bilion bantu 1MDB bayar hutang, kata menteri



barua ini yang perlingkupkan 1 mdb  tiada seekor haram yang berani di ambil  tindakan tiba tiba  mentri barua yang jadi jurucakap...dasar perompak  pondan menipu  rakyat...!!!

Kementerian Kewangan menjelaskan sebuah syarikat pelaburan petroleum dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (Ipic) akan menyalurkan RM1 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam usaha syarikat sarang hutang negara itu membayar hutang AS$975 juta yang akan matang tidak lama lagi.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran daripada Ipic dan anak syarikatnya, Aabar Investments merupakan sebahagian pelan rasionalisasi yang dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi.

"Bayaran AS$1 bilion ini akan digunakan untuk membayar semula hutang AS$975 juta sebelum tarikh akhir kepada pemberi pinjam wang antarabangsa.

"Perjanjian juga termasuk langkah komprehensif bagi menangani pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti di antara pihak tertentu, butiran lanjut akan diumumkan nanti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Husni berkata 1MDB akan menjadikan Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia dua syarikat berasingan sebagai sebahagian langkah rasionalisasi mengurangkan beban RM42 bilion syarikat sarat hutang itu.

Katanya, kedua-dua projek hartanah itu akan diberi autonomi penuh untuk operasi dan prestasi kewangan.

“Sementara pilihan sedang dijalankan dengan menghormati kewangan Edra Energy, Kementerian Kewangan akan mengekalkan pemegang saham utama dalam TRX dan Bandar Malaysia yang akan meningkatkan ekuiti melalui pelabur pihak ketiga,” katanya.

1MDB dalam satu kajian strategik pada Februari berkata dua projek hartanah itu akan menjadi entiti berasingan tetapi masih dimiliki Kementerian Kewangan.

TRX baru-baru ini mendapat perhatian selepas pendedahan sebuah blog mendakwa Tabung Haji membeli sebidang tanah di kawasan itu dengan harga RM185.5 juta.

Selepas mendapat kritikan ramai termasuk daripada pencarum yang melihat Tabung Haji cuba menyelamatkan 1MDB, lembaga itu kini dalam proses menjual kembali tanah berkenaan.






##




Apakah International Petroleum Investment Company (Ipic) menyalurkan RM1 bilion tarafnya dengan hartawan T Ananda Krishnan dirujuk bagi menyelesaikan hutang bank RM2 bilion ?

Sila beri pencerahan yang dimaksudkan pembayaran daripada Ipic dan anak syarikatnya, Aabar Investments merupakan sebahagian pelan rasionalisasi ?

Pertanyaan rakyat Malaysia, kemana hilangnya duit yang dipinjam oleh 1MDB...?


Menteri ini ingat kami rakyat yg bukan menyokong BN/UMNO ada kah bodoh? Kami nak tahu mana pergi nya duit semua itu? Macam mana 1MDB boleh hilang duit yg di pinjam itu?

Ini bukan soal ada orang tolong bayar kan sekarang, ini soal ada kah kita kena bayar balik duit 1 billion yg di pinjamkan tu? Kami bukan macam ahli2 umno yg tak prihatin tentang wang negara, tentang ketua2 umno yg joli wang negara. Pengemis di tepi jalan pon nak tahu kerana mereka pon kena GST juga


Gali lubang kambus lubang...nama pun pinjaman mesti ada syarat pihak pemberi hutang..apa lagi korang nak bagi kat pak arab ni?dahlah majoriti tanah di bkt bintang korang dah bagi kat arab..so nak bagi apa lagi?

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI