peniaga naik harga yang celaka atau menteri kerajaan UMNO/BN yang berpuaka...GST tu angkara siapa..?

Rakyat marah berganda peniaga naik harga selepas GST, kata Ahmad Maslan ...



kalau wa jadi sultan johor...panggil ahmad  bebal orang tonggong  dari pontian ngadap ke istana...lepas tu bagi pelempang depan  rakyat johor dengan buat live telecast di tv...baru padan muka..!!

Datuk Ahmad Maslan hari ini menyalahkan  pulak  peniaga atas kenaikan harga barangan yang berlaku selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, harga barangan seharusnya jauh lebih murah apabila GST dilaksanakan kerana ia hanya mengenakan cukai sebanyak 6% berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelumnya pada 10%.

"Sepatutnya apabila GST digantikan dengan SST, semua harga barangan akan turun, 10% diganti dengan 6%.

"Banyak barangan yang selama ini ada SST, yakni baju Tan Sri (Speaker), pakaian dalam wanita, pakaian lelaki, sepatutnya harga turun, tetapi peniaga yang salah," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, kerana sikap peniaga yang enggan menurunkan harga walaupun SST tidak dikenakan lagi, menjadi punca kemarahan rakyat selain terpaksa membayar cukai GST.

"Rakyat marah kerana dua sebab. Pertama, harga barang dinaikkan oleh peniaga, dan kedua, kena bayar cukai (GST). Sebab itu mereka marah berganda," katanya.

Katanya, keengganan peniaga menuntut kembali cukai SST mereka sebanyak 10% daripada pihak kastam menyebabkan ketika ini negara berdepan dengan kadar inflasi sebanyak 1.08%.

Pada masa sama, Ahmad yakin kemarahan rakyat mengenai GST akan kembali reda apabila penguatkuasaan dilakukan kerajaan bagi memantau harga barangan dalam tempoh 6 bulan ini, selain menjangkakan harga akan kembali stabil.

"Sepatutnya mereka boleh tuntut kembali cukai 10% itu daripada Kastam. Mereka tahu, tetapi tidak mahu lakukan.

"Sekarang inflasi negara ialah pada kadar 1.08%, namun apabila harga barang stabil dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, rakyat tidak akan marah kepada GST lagi kerana mereka bayar cukai pada harga stabil," katanya.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dalam soalan tambahannya bertanya Ahmad mengenai isu GST pada tambah nilai kad pra-bayar telefon bimbit yang ketika ini masih belum diselesaikan.

"Salah satu kelemahan akibat pelaksanaan GST ialah tambah nilai telefon yang masih belum diselesaikan sehingga kini.

"Kerajaan mengumumkan GST pada tambah nilai dikenakan pada pengunaan. Bukankah cara terbaik untuk memastikan rakyat tidak terbeban ialah dengan mengenakan kadar sifar GST?

"Kerana, yang menggunakan perkhidmatan ini meliputi kesemua golongan rakyat," soalnya.

Menjawab soalan Rafizi itu, Ahmad berkata beliau menyerahkannya untuk dijawab menteri komunikasi dan multimedia seperti arahan perdana menteri sebelum ini.

"Tidak payah peleceh saya tentang GST ini. Bukan YB Pandan sahaja yang belajar mengenai GST ini, saya juga  belajar, diberi taklimat dan sudah setahun setengah diperinci tentang GST.

"Tetapi dalam perbincangan saya dulu, saya tidak pernah kata kad pra-bayar tidak dikenakan GST. Sepatutnya apabila GST dilaksanakan, dan cukai SST sebanyak 10% tiada, maka harga tetap tidak berubah," katanya




##




kepala hotak ngko lah  ahmad maslan...orang belajar  pasal GST  untuk  tahu kesusahan rakyat ...ngko belajar  GST untuk ampu bodek  najib bahalol  dan menyusahkan hidup rakyat...!!!

inilah kenyataan bodoh dan bebal... sudah nama peniaga. peniaga mana yang tak mau untung. mana ada peniaga mau berniaga untuk rugi. mat maslan tau dimana masalah, jadi apa u punya tindakan? benda yang u cakap tu rakyat pun boleh fikir. Rakyat mau tindakan daripada kamu yang berkuasa bukannya menyalahkan orang lain.

punca utama ialah sebab kerajaan Umno/BN kenakan cukai GST. jika tak de cukai ni masalah tersebut tidak berlaku.. So pandai kamu buat masalah maka pandai2 la kamu selesaikan. jangan salahkan peniaga.


Budak ego dengan cgpa 3.85 masih belum sedar lagi, masih tidak mengaku kesilapan dan kebodohan sendiri, masih mahu menyalahkan orang lain. Cubalah jadi pemimpin yg lebih matang & waras akal fikirannya supaya dihormati oleh semua rakyat.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI