Laporan polis dibuat terhadap Azmin kerana kononnya hina KPN
Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (Pacsu) hari ini membuat satu laporan polis berhubung kenyataan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang menghina Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini.
Azmin didakwa menghina Khalid dengan menggelarnya “barua Umno” dalam satu ceramah di Permatang Pauh, baru-baru ini.
Laporan polis itu dibuat pada 10 malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Presiden Pacsu, Mahamad Bahrum bersama 11 anggota jawatankuasa Pusat dan Lembah Kelang bagi menyatakan pendirian mereka terhadap isu terbabit.
Menurutnya beliau mewakili 14,000 pegawai awam polis di seluruh negara dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Azmin itu.
"Kami meminta Azmin memohon maaf kepada seluruh anggota polis terutamanya kepada Ketua Polis Negara serta menarik semula kata-katanya," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan. – Bernama,
##
KPN aka KTN nih besar sangat nak sama taraf dengan nabi kot sampai tak leh di hina...perbuatan dia yang hina jadi barua UMNO memang patotnya dia sendiri rase terhina dan bukan sampai orang lain yang memberi takrifan menghina
sedar sedarlah diri tu dah tua bangka...jangan buat perangai kebudak budakan..mentang mentang lah lu worang punya kuasa...lu tunjuk perangai budak budak ...ugut dan gertak dengan uniform haram yang lu pakai...
memang betol apa yang azmin cakap...memang lu worang polis yang makan cili ajer...BARUA UMNO....
layanan barua terhadap pembangkang....
Dua ahli politik pembangkang dan seorang aktivis yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Hari Pekerja ..Jelas membuktikan mereka dipergunakan oleh kerajaan sebagai bahan politik.
Polis mulakan tindakan keras ke atas aktivis pembangkang
Pihak polis telah memulakan tindakan keras ke atas tokoh-tokoh pembangkang dan aktivis, hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum yang bersejarah yang telah mencetuskan pelbagai aktiviti bantahan.
layanan mesra alam barua terhadap pecacai...
Abang kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar iaitu Datuk Abdullah Abu Bakar disoal siasat oleh polis selama lebih tiga jam pada Rabu berhubung penglibatannya dalam demonstrasi di sebuah gereja di Taman Medan
Beliau yang juga merupakan Ketua Umno cawangan Taman Lindungan Jaya tiba di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 4 petang dan soal siasat dikatakan tamat pada jam 8 malam.
berani ke polis nak reman abang IGP nih...?..jangan mimpilah ..kroni tetap kroni...
kalau aktivis pembangkang dah tentu di reman ,naik mahkamah ,di penjara dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen bagi menutup mulut mengkritik sang penguasa yang berleluasa menindas rakyat
Tawar Ganjaran Untuk Tampar Bukan Ancaman, Tidak Perlu Siasat - Ahmad Zahid
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, menawarkan ganjaran untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bukan suatu ancaman dan tiada keperluan untuk menjalankan siasatan polis mengenainya.
yang ini pecacai KPN aka KTN perlu ambil perhatian...apa yang azmin cakap tu memang betul...cuba aktivis pembangkang yang cakap....wa yakin ke dalam perginya...double standard ...!!!
menteri samseng cakap pun ...KPN mana ada teloq mahu ambil tindakan...!!!
KPN aka KTN jadi barua UMNO....pecacai nak ampu boss buat laporan polis terhadap azmin...mentang mentang lah ini negara polis UMNO...lu buat suka hati lu sial....!!!
3:50 PG
agenda rakyat
,
barua UMNO
,
hina
,
kaki bodek
,
KPN pengampu
,
KTN
,
pecacai
,
politik
,
politik kotor
,
tindas pembangkang
Edit
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI