batal perayaaan bila loceng angin di curi pengunjung




PELANCONG dilihat menggunakan kayu untuk mencuri loceng angin.

Hangzhou: Satu tempat tarikan di China terpaksa membatalkan perayaan loceng anginnya selepas hanya enam hari berikutan ratusan alat itu yang digantung pada pokok sebagai perhiasan dicuri pengunjung.

Xiandu yang merangkumi 160 kilometer persegi kawasan desa termasuk tasik besar dikelilingi pokok dan gunung di wilayah Zhejiang, merancang untuk menarik pelancong dengan mengadakan perayaan loceng angin selama sebulan sepanjang bulan ini.

Malangnya, selepas hanya enam hari pelancong yang datang ke situ mencuri hampir semua daripada 1,000 loceng angin yang digantung pada dahan pokok di kawasan itu hingga menyebabkan festival berkenaan terpaksa dibatalkan.

Malah, media melaporkan ada antara mereka sanggup memanjat pokok untuk mengambil loceng berkenaan malah ada juga yang menggunakan kayu panjang untuk mencapainya dari dahan.

Akibatnya, pelancong yang melawat kawasan itu selepas tiga hari Cuti Buruh pada minggu ini mendakwa iklan yang mempromosi perayaan loceng angin itu hanya penipuan kerana loceng yang tinggal begitu sedikit

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI