derma tabung kebajikan dengan cincin berlian




BENTUK CINCIN berlian yang disumbangkan oleh penderma misteri misteri berkenaan.

MIAMI, Florida - Seorang wanita di Florida mendermakan sebentuk cincin berlian berharga AS$3,500 (RM11,535) untuk tabung badan kebajikan, Salvation Army.

Ia merupakan tahun keempat agensi kebajikan tersebut menerima sumbangan serupa yang diberikan oleh penderma misteri berkenaan.

Penderma itu juga akan membuat panggilan telefon pada setiap tahun untuk memberi maklumat mengenai lokasi cincin tersebut diletakkan.

Pada tahun ini, cincin itu ditemui dibungkus menggunakan sekeping kertas kuning bersama sekeping nota di dalam sebuah tin kutipan derma di luar sebuah pusat beli-belah di sini kelmarin.

"Pada setiap tahun wanita misteri itu akan menelefon dan berkata, awak mungkin perlu memeriksa salah tabung derma di sesebuah lokasi," kata seorang anggota badan kebajikan berkenaan, Mejar Linda Payton.

Setakat ini, tabung kebajikan tersebut telah menerima dua bentuk cincin berlian, beberapa ketul emas dan wang kertas AS$100 (RM329) sejak empat tahun lalu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI