cara penyeludup china seludup barang dari hongkong



DUA anggota pasukan keselamatan Hong Kong mengangkat keluar barang yang ditemui di dalam sebuah terowong haram di negara itu kelmarin.

BEIJING - Kumpulan penyeludup dari China menggali sebuah terowong konkrit menuju ke Hong Kong yang dilengkapi lampu, sistem pengudaraan dan landasan untuk mengangkut barang, lapor media tempatan semalam.

Laluan tersembunyi dan sepanjang 40 meter itu bermula di dalam sebuah gudang di Shenzhen dan berakhir di sebuah kawasan semak di Hong Kong."Ia dibina secara profesional,".

Hong Kong yang merupakan wilayah separa autonomi dan Shenzhen merupakan antara hab perdagangan utama di China tetapi mempunyai sistem cukai yang berbeza.

Kumpulan penyeludup yang masih tidak dikenal pasti itu membina turut memasang landasan kereta api bersama sebuah gerabak yang digunakan untuk menyeludup pelbagai barangan seperti telefon pintar dan komputer tablet.

Pembinaan terowong haram itu dianggarkan menelan belanja tiga juta yuan (490,000) dan mengambil masa selama empat bulan.

Beberapa anggota kawalan sempadan menemui terowong itu seminggu lalu.
Terowong itu berukuran 40 meter panjang dan satu meter tinggi masih dalam pembinaan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI