SPRM siasat 1MDB selepas laporan audit siap, kata pengerusi ....siasat...?...dakwa macam mana..?...bila SPRM kata Kebodohan, kecuaian tidak boleh didakwa....gerenti najib ,rosmah dan kroni lepas punya.....lembu mana nak di perbodohkan oleh SPRM ini..?...kah kah kah....!!!




Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya akan berjalan selepas siap laporan audit, kata Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Ketua pesuruhjaya SPRM itu berkata, mereka perlu menunggu laporan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas syarikat kontroversi itu sebelum mengambil langkah seterusnya.

"Pihak audit akan masuk (siasat), kemudian bentang kepada PAC, dan jika terdapat kes, baru pihak berkuasa akan siasat," kata Kassim ringkas kepada wartawan semasa ditemui selepas majlis Ikrar Integriti di Puspakom, Shah Alam pagi ini.

Beliau sebelum itu beberapa kali mengelak daripada memberi komen tentang soalan wartawan tentang 1MDB, syarikat dimiliki Kementerian Kewangan yang sarat dibebani hutang itu.

Kassim bagaimanapun tidak memberi komen lanjut tentang status beberapa laporan polis yang dibuat ke atas 1MDB sebelum ini, mendesak supaya dana yang menanggung hutang kira-kira RM42 bilion itu disiasat.

1MDB menerima kritikan hebat berpunca daripada beberapa pelaburan yang dijalankan mereka, termasuk yang didakwa tidak menguntungkan kerajaan.

Minggu lalu, laman web pemberi maklumat Sarawak Report mendedahkan ia memiliki akses kepada ribuan dokumen dan e-mel berkaitan transaksi kontroversi 1MDB, termasuk perjanjian meragukan dengan sebuah syarikat minyak yang tidak diketahui ramai, PetroSaudi International, pada 2009.

Turut menjadi persoalan, peranan dimainkan usahawan terkenal Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low, yang dikatakan mempunyai kepentingan dalam beberapa pelaburan yang dijalankan 1MDB.

Penubuhan 1MDB diilhamkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga pengerusi lembaga penasihatnya.

Pembangkang dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara yang lantang mengkritik dan meminta ketelusan daripada syarikat pelaburan tersebut.

Susulan daripada tekanan dan kritikan tersebut, Najib susulan mesyuarat jemaah menteri Rabu lepas mengarahkan Ketua Audit Negara membuat semakan bebas atas akaun 1MDB bagi menjelaskan kekeliruan melibatkan aktiviti pelaburan mereka.

Malah, perhimpunan dengan Ketua Bahagian Umno yang diadakan dengan Najib kelmarin  juga bertujuan menunjukkan sokongan " kaum perompak  kepada kepala penyamun "  presiden Umno tersebut yang kini terdesak menangkis kontroversi melibatkan 1MDB.

Minggu lepas, agensi media antarabangsa Reuters melaporkan, menurut sumber, 1MDB mungkin dibubarkan dibawah pelan pembayaran balik hutangnya, di mana sebahagian asetnya akan dijual




##


lawak antarabangsa   SPRM....kah kah kah....lu worang semua  boleh jangka...ini SPRM dia punya  teloq sudah kena sepit dengan rosmah maa....mati pucuk sokmo...lu sendili boleh teka ini skrip....maaa...kah kah kah


SPRM: Kebodohan, kecuaian tidak boleh didakwa

Undang-undang negara ini tidak boleh mendakwa "kecuaian dan kebodohan" sebagai kesalahan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Katanya, ini berbeza dengan negara-negara maju yang mempunyai kesalahan salah laku awam yang membolehkan pihak yang cuai dan menyebabkan kerugian wang rakyat didakwa.

"Tetapi malangnya di sini kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana cuai, kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana bodoh," kata Abu Kassim ketika mengulas berhubung tindakan yang boleh diambil SPRM ekoran penemuan laporan audit.




About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI