orang jepun pun boleh lulus cemerlang SPM...inikan anak anak pendatang haram...hati hati beri peluang pendatang haram belajar di negara ini....!!!!






Langkawi: Seorang pelajar warga Jepun Saaya Harada, 18, membuktikan kejayaan pasti menjelma sekiranya berusaha dengan gigih tanpa mengenal erti jemu.

Gadis berkenaan yang menjejakkan kaki ke negara ini tanpa boleh bertutur bahasa Melayu mampu memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang diumumkan hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang yang kini boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan adalah calon tunggal sekolah itu yang mendapat A bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Anak bongsu daripada tiga beradik berasal dari Yamaguchi, Jepun itu tiba di Langkawi pada 2007 kerana mengikut ibu bapanya yang bekerja di sini.

"Saya langsung tidak boleh bercakap sepatah pun bahasa Melayu tapi sekarang gembira apabila lulus cemerlang dalam bahasa itu dalam SPM.

"Kejayaan ini amat menggembirakan dan saya bercadang melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dalam bidang perubatan," katanya  selepas mengambil slip keputusan SPM di sekolah itu, hari ini.

“Saya memperoleh A+ dalam Matematik, manakala bahasa Melayu, Inggeris, Sejarah, Kimia, Matematik Tambahan dan Biologi (A) dan Pendidikan Moral serta Fizik (A-),” katanya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI