gajah putih ditemui di myanmar dan di malaysia




Salah seekor gajah putih yang ditemui dan kini ditempatkan di sebuah zoo di Naypyidaw, Myanmar.

NAYPYIDAW, Myanmar – Seekor gajah putih yang sangat jarang ditemui berjaya ditangkap di sini sekali gus didakwa sebagai satu petanda baik untuk politik negara ini menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi, lapor media tempatan semalam.

Akhbar berbahasa Inggeris Myanmar, The Global New Light of Myanmar melaporkan haiwan dengan kulit sedikit berwarna merah jambu itu ditangkap di sebuah hutan simpan di kawasan Delta Irrawaddy dan dikenali sebagai Pathein.

Haiwan itu merupakan gajah putih kesembilan yang ditangkap dan kini hidup dalam kurungan di bandar ini. Gajah betina itu dianggarkan berusia tujuh tahun dengan ketinggian 1.9 meter.

Walaupun digelar ‘gajah putih’, haiwan yang dipuja itu sebenarnya tidak berwarna putih sepenuhnya, tetapi memiliki beberapa ciri unik termasuk kulit yang sedikit merah jambu.

Pakar sejarah, Thant Myint-U menjelaskan, gajah putih sejak dahulu lagi disayangi raja dan pemimpin Myanmar yang melihat haiwan itu sebagai satu simbol kedaulatan negara ini.

Haiwan unik itu kerap ditemui pada detik-detik penting negara yang kini diperintah oleh kerajaan separa awam sejak 2011.

Myanmar kini bersedia untuk satu lagi pilihan raya umum yang bakal menguji reformasi politik di negara ini dan dijangka bakal menyaksikan kemenangan besar parti Suu Kyi.


gajah putih di temui di malaysia...he he he





yang ini gajah putih jugak...tapi pelingkup duit rakyat oleh kroni UMNO haramjadah...


Satu Lagi Projek Barisan Nasional masuk dalam jamban...


Setelah diperkenalkan dua tahun lalu, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bernilai RM700 juta untuk merakam pemandu laju kini menjadi gajah putih, tidak dapat memenuhi tujuan mencegah pelanggaran had kelajuan kerana berhadapan dengan isu undang-undang yang masih tertangguh.

Saman masih dikeluarkan menerusi sistem ini – hampir 1.5 juta mengikut jumlah terkini – tetapi hanya sedikit yang membayar, kerana tindakan Peguam Negara membekukan penguatkuasaan terhadap pesalah yang disenarai hitam kerana tidak membayar denda dalam tempoh ditetapkan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan hanya kira-kira 200,000 saman daripada jumlah itu diselesaikan, tetapi tanpa kuasa untuk menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar, AES menjadi alat tidak berkesan untuk mencegah mereka yang memandu melebihi had laju

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata AES masih relevan, tetapi ia jadi sia-sia selagi pembekuan masih diteruskan. "AES terus beroperasi dan kami terus memberi saman, tetapi belum ada keputusan daripada Peguam Negara sama ada kita boleh menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar dalam tempoh masa tertentu.

"Selagi tidak ada keputusan mengenai perkara itu, kita tidak boleh menyenarai hitam sesiapa. Justeru, ini menyebabkan AES tidak berkesan," katanya.  RM700 juta macam duit bapa depa..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI