nampak sangat nipunya....negara nak bangkrap menteri cap ayam ini kata hutang negara dalam zon selamat....sebut lah berapa biliion hutang negara kalau ada teloq.....kah kah kah....!!!!
seekor menteri cap ayam....kerjanya melebong lebih...!!!
Kedudukan hutang negara masih berada pada zon selamat dengan kadar defisit kurang daripada 4%, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Katanya, Malaysia berjaya mengurangkan kadar defisit secara berperingkat, dengan kadar 3.5% tahun lepas berbanding 6.9% pada 2009.
"Ini bermakna Malaysia telah memasuki zon selamat dan dari segi pengurusan kewangan, kita semakin bertambah baik," katanya ketika menggulung perbahasan menjujung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjelaskan kedudukan kewangan sesuatu negara dikategorikan dalam zon selamat jika mereka mempunyai hutang sebanyak 70%, termasuk mengambil kira liabiliti kontingen, dan kadar defisit kurang daripada 4%.
Kedudukan kewangan sebuah negara akan dianggap kritikal jika keseluruhan hutangnya melebihi 100% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kadar defisit melebihi 4%, katanya.
Menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Wahid berkata kerajaan akan memastikan hutang negara kekal di bawah 55 peratus daripada KDNK.
Beliau berkata, Malaysia yakin mampu mencapai sasaran status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 di sebalik keadaan ekonomi yang mencabar.
"Matlamat ini boleh dicapai melalui pelaksanaan pelbagai projek dan program di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015) dan teras strategi termasuk pemacu perubahan yang sedang dirangka di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020).
"Antara lain, fokus akan diberi kepada inovasi dan produktiviti untuk meningkatkan daya saing negara dan menentukan pertumbuhan yang mampan," katanya.
Katanya selain mengukur status negara maju dari segi pencapaian ekonomi, pembangunan modal insan negara juga dititikberatkan.
Ini termasuk membentuk masyarakat yang mempunyai didikan agama dan rohani yang tinggi, bersatu padu, bermoral dan beretika, liberal, bertolak ansur, saintifik, progresif serta penyayang, katanya
##
dey thambie....cuba cakap lah berapa biliion hutang negara...jangan pandey susun ayat putar lidah gentel teloq main dengan angka imiginasi arrr....wa mau tau berapa billion bukan angka % itu dan ini bongok...!!!
kalau malaysia termasuk zon selamat ...apa perlu nya GST...nampak sangat nipunya....!!!
yang ini dalam zon selamat kot.....!!!
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI