gajah siam ada ic



PRACHUAP, Thailand – Negara ini mencipta sejarah apabila melancarkan kad pengenalan (ID) gajah pertama di dunia, lapor Agensi Berita Thai (TNA).

Kad tersebut diserahkan kepada empat pengendali gajah Majlis Perbandaran Muang Hua Hin di selatan wilayah Prachuap Khiri Khan dalam satu majlis yang dipengerusikan oleh gabenor Weera Sriwatanatrakul hujung bulan lalu.

Pengendali tersebut terdiri daripada Elephant Village, Pertubuhan Gajah Hutsadin, Hua Hin Safari dan Hua Hin Hills Vineyard.

Maklumat yang terdapat pada kad tersebut merangkumi nama dan umur gajah, gambar, tanda lahir, tempat tinggal, nama pemilik, ID dan nombor mikrocip.

Kad tersebut dikeluarkan sejajar dengan pematuhan peraturan baru yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Hidupan Liar Flora dan Fauna Terancam (CITES) bagi mengekang pemerdagangan gading gajah secara haram.

Timbalan Gabenor Prachuap Khiri Khan, Pongpan Wichiansamut berkata, langkah tersebut diharap dapat melindungi gajah-gajah liar daripada dipelihara secara haram.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI