kerabat tungku dapur....bercakap guna otak tungku...1MDB menguntungkan....?....ayam dan itik pun tak percaya cakap malaun nih...hanya sekandang babi dalam kabinet cap ayam percaya mangkuk nih... kah kah kah...




Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membalas kritikan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan mengatakan dana pelaburan strategik yang dibebani hutang itu adalah sebuah syarikat berdaya saing dan menguntungkan.

Setiausaha agung Umno itu juga mengingatkan rakyat Malaysia agar  tidak terpengaruh dengan serangan tanpa henti terhadap 1MDB yang disifatkannya sebagai sebahagian daripada plot pembangkang untuk memastikan kegagalan syarikat tersebut.

"Saya tertanya-tanya mengapa 1MDB dikelilingi dengan tuduhan. Mengapa perlu memusnahkan sesuatu yang menguntungkan?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Umno Belia di Kuala Lumpur pagi ini.

"Ramai orang harus memahami akhirnya, jika kita menyokong 1MDB, pasti ia akan menghasilkan keuntungan untuk negara ini."

"Saya tidak faham. Ini adalah usaha pembangkang dan saya berharap kita tidak terpengaruh terhadap usaha pembangkang, yang tidak mahu melihat kejayaan 1MDB."

"Soalan saya adalah kenapa musnahkan 1MDB ?" katanya sambil menambah 1MDB banyak menyumbang untuk kebajikan rakyat.

Beliau memberi contoh bagaimana 1MDB memberikan manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dengan usaha membangunkan rumah, menyediakan biasiswa, kemudahan elektrik dikawasan luar bandar dan juga menghantar rakyat untuk menunaikan haji.

"Bagi saya, 1MDB adalah sebuah syarikat yang berdaya saing jika kita memberikan mereka sokongan, walaupun dengan tuduhan yang dibuat, itu mungkin hanya persepsi, dan persepsi ini yang seperti perdana menteri kata, siasatan akan dijalankan, biarlah siasatan itu dijalankan. "

Tengku Adnan percaya rakyat akan faham kerajaan melakukan yang terbaik dan akan memulangkan segala-galanya yang mereka terima kepada rakyat.

"Seperti 1MDB, kami memulangkannya, walaupun 1MDB masih belum membuat keuntungan, tetapi mengapa memusnahkannya sekiranya ia menguntungkan, banyak keuntungan untuk kita, jadi sokonglah, jangan terpengaruh dengan pembangkang yang menggunakan apa sahaja cara untuk menghancurkan apa sahaja yang sedang dibangunkan kerajaan."

Mengenai Ketua Umno bahagian bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, Tengku Adnan berkata ia merupakan mesyuarat biasa yang diadakan setiap tahun.

"Ini adalah mesyuarat biasa, setiap tahun kita ada mesyuarat, jadi apabila ketua bahagian mahu bertemu presiden, mereka boleh bertemu dengannya."

"Terdapat juga banyak tuduhan dilemparkan pembangkang, berkata banyak persepsi, sementara itu, ini adalah mesyuarat yang dianjurkan ketua bahagian mereka, bukan ibupejabat.

"Tidak ada sebarang isu, mereka tahu Umno kukuh, Umno memenangi kerusi terbanyak di Parlimen, mereka tahu, mereka hanya mahu melihat, untuk mengukuhkan Umno, agar Umno mendapat 2/3 majoriti dalam pilihanraya umum akan datang."




##



1MDB banyak menyumbang untuk kebajikan rakyat.walaupun 1MDB masih belum membuat keuntungan, tetapi mengapa memusnahkannya sekiranya ia menguntungkan;;;;;belum untung tapi untung....betullah cap ayam...mana orang nak faham..

menguntungkan...?....kah kah...ini macam tuntung  yang bercakap...kah kah kah...serupa tong kosong...kah kah kah...mana lapuran audit...?

meh sini wa bagi bukti untung...kah kah...rupanya tungku mabuk todi  cakap terbalik...lalok dengan penangan todi...kah kah kah...




1MDB rugi RM665.36 juta, tebus pelaburan di Cayman Islands

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB), syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan, mencatat kerugian RM665.36 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 berbanding untung RM778.24 juta dalam tahun kewangan sebelumnya.

Bagaimanapun, pendapatan meningkat 64 peratus kepada RM4.3 bilion daripada RM2.6 bilion yang diperoleh pada tahun sebelumnya, sekali gus mencerminkan peningkatan kualiti aset dan kekukuhan penjanaan pendapatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, 1MDB berkata kerugian pada tahun kewangan yang dikaji sebahagian besarnya berpunca daripada kos pembiayaan yang lebih tinggi berjumlah RM2.4 billion, berbanding RM1.6 billion pada tahun kewangan sebelumnya



hah ...ini baru betul untung....berfaedah untuk sembelih rakyat lagi....kah kah kah....


Agaknya menteri ni selalu ponteng sekolah kot...!!!... kalu 1MDB ni menguntungkan- buat apa sebok sana sini nak pinjam duit utk bayar hutang? dah lebih 3 tahun x pernah untung tapi  menteri ni boleh kata 1MDB satu dana yg menguntungkan. cukup2 la membodohkan diri...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI