cukup bukti untuk dakwa najib dan kroni jadahnya
8:55 PTG
1 mdb
,
najib kaki kelentong
,
perompak rakyat
,
politik
,
politik kotor
,
projek kroni
,
skandal najib
Edit
Pendedahan yang dibuat laman web Sarawak Report berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberikan cukup bukti bagi ahli perniagaan Low Taek Jho dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi didakwa mengikut 2 undang-undang,.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB juga dianggap bertanggungjawab dan laporan polis perlu di buat terhadap ketiga-tiga penyanggak ini.
Bukti setakat ini menunjukkan Low dan Shahrol boleh disiasat dan didakwa bagi sekurang-kurangnya 2 kesalahan iaitu melanggar Akta Pengubahan Wang Haram dan pecah amanah.
Lebih mengejutkan, dalam satu komunikasi dengan PetroSaudi, Low secara berani menyatakan pemindahan wang dari PetroSaudi ke 1MDB tidak memerlukan kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) yang secara jelas melanggar Akta Pengubahan Wang Haram.
Ini menguatkan lagi dakwaan Low dan Shahrol terbukti melanggar Akta Pengubahan Wang Haram apabila memindahkan wang tanpa menyatakan siapa penerima akhir seperti terkandung dalam emel yang didedahkan Sarawak Report.
Ini merujuk kepada artikel Sarawak Report kelmarin, yang mendakwa Low cuba memintas BNM dalam usahanya mempercepatkan pinjaman AS$500 juta 1MDB kepada PetroSaudi pada 2010.
Low didakwa memberitahu pengarah PetroSaudi Patrick Mahony yang kelulusan BNM tidak perlu kerana perdana menteri, yang juga menteri kewangan, sendiri meluluskan pinjaman itu.
Kaitan 1MDB dengan PetroSaudi mula mendapat perhatian selepas Low di dakwa yang merancang satu usaha sama di antara kedua-dua syarikat itu pada 2009 untuk membawa keluar AS$700 juta daripada 1MDB.
PetroSaudi di dakwa bersetuju bertindak sebagai "orang depan" Low dalam urus niaga yang akan datang, sedangkan firma itu sebenarnya tidak mempunyai kekayaan atau asetnya sendiri.
Rabu lalu, Najib mengarahkan ketua audit negara menyemak akaun 1MDB selepas jemaah menteri diberi taklimat mengenai akaun syarikat itu dan diberitahu yang tuduhan terhadapnya berkaitan urus niaga dengan pihak ketiga seperti PetroSaud
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI