hidup dan mati bersama



Hartwig dan isterinya, Violet mati berselang lima jam dalam keadaan saling berpegangan tangan.

CALIFORNIA, Amerika Syarikat – Sepasang suami isteri yang telah berkahwin selama 67 tahun meninggal dunia dalam keadaan yang menyentuh hati apabila saling berpegangan tangan di sini baru-baru ini.

Pasangan bahagia tersebut, Floyd Hartwig, 90, dan isterinya, Violet, 89, dilapor oleh media tempatan meninggal dunia di atas dua katil hospital di rumah mereka dan perbezaan masa kematian mereka hanya lima jam.

Anak perempuan pasangan Hartwig, Donna Scharton menjelaskan, ibu bapanya itu saling melengkapi antara satu sama lain dan sebab itu mereka hidup dan mati bersama-sama.

"Masing-masing langsung tidak mahu meninggalkan antara satu sama lain," jelas Scharton.

Scharton telah meletakkan katil mereka secara berdekatan supaya pasangan ibu bapanya itu boleh berada bersama-sama sehingga ke akhir hayat mereka.

Pasangan Hartwig itu telah mengenali antara satu sama lain sejak mereka masih berada di sekolah rendah lagi.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI